Tuesday, June 4, 2013

Toyota Service Centre...

Huhhhh off day lagi macam biasa ler isnin cuti mmg banyak kerja la kena buat,appoitment gigi biasa la mmg kena g setiap isnin mmg set dgn dia...tapi cuti hari ni lain sikit sbb kebetulan bini aku pun dapat replacement sempena agung birthday...hah pagi2 g sarapan pastu g clinic ingat makan masa kat clinic sekali hurmmm kejap jer ko
             Klinik Pergigian Katte..........

Apa g plan seterusnya..mmg banyak plan k?xder la x banyak sangat pun ala g service kereta kat Toyota Service Centre jer,nak x nak bini aku kena ikot ler(siap bawa mandela brest pump lagi) sbb bajet dah clear semua kitaorg boleh ler g jalan2 cari makan buat apa yg patot bagai...hurmmmm dalam pukul 11.00 lebih bukan kurang pun mmg kena aarr biasa mcm ni kalo g sana kereta banyak kot,tapi lebih baik dari Honda service centre ok sikit la, kena tunggu berjam-jam sbb kereta terlalu banyak tapi Toyota biasa jer....macam2 boleh buat dlam masa tu.aku biasa la apa g mmg spare camera siap dgn aku haaahhhh tgok betul kan macam2 boleh buat...best juga la dapat lepak dalam ni sambil pekena white coffe dengan biscuit sambil baca majalah dgn tengok tv puas juga satu jam lebih kot baru siap....


       White coffe dengan Biscuit Luxury...boleh makan dan minum sampai muak......

                      memang betul2 enjoy minum sambil ala org2 zaman sekarang kalau boleh tgh berak pun nak tgok handset heheheheheh....Instagram.Facebook.Line la apa bagai lah.....

         Hurmmm mana x larat dok melepak dalam ni...kalau nak tonton tv dok la kau sampai kebas punggung.....dan disediakan 2 PC untuk kegunaan customer.....

                       Kelihatan rak buku dan majalah untuk bhan bacaan yang disediakan.......

            hurmmm kalau duduk sini hendak dibuatnya satu majalah habis boleh khatam ni....

         haaah tgok kang tadi aku dah cakap macam2 boleh buat....tengah pump susu .....TANGKI FULL                  lerrr tu hehehhehehheheh jgn mareee erkkkk nanti kena jual..


Hurmmm mmg boleh tahan lama gak la dok kat sini dekat pukul 1 lebih juga la,ada g plan?apa dia hurmmm dah mmg plan 3 4 hari sebelum tu pun nak g tgok wayang kat Md Valley,last x jadi,masa suntuk,apa g drive g Keramat lunch kena ikan bakar dgn pastu short plan g MBO Taman Dagang layan jer tgok wayang kat situ show 3.20 sampai pukul 5.30..tgok

'Fast & Furious' tops N. America box office again
      Fast & Furious 6................

 Fast & Furious best doh,best k?mmg best la bagi aku sbb tgok dari 1st moie dia dulu lagi,paling best kereta2 dia dgn bunyi dia sekali....last macam tu la punya plan nak dating dgn bini aku apapun x jadi sbb gigi dgn kereta...at least dapat gak tgok wayang kira ok ler tu...balik pick up anak mlm ingat nak g sushi Zanmai,penat punya pasal cansel,apapun x bleh....apa g update blog jer la....sambil2 anak dgn bini aku dah terbongkang......hah kauorg dok baca k blog ni?kalau yer thanks la...hah perlu pertolongan sikit kalau baca just komen ler sikit yg baik k buruk k boleh gak aku perbaiki apa yg patot ok.....

PS: Dalam hidup ini semakin banyak kesilapan yg kita lakukan semakin banyak penbaharuan dlm diri dan semakin matang diri kita......biar mati kerana mencuba dari mana kerana x buat apa-apa.

Sunday, June 2, 2013

UNCLE LOKE.......Aku Pekebun sayur...

Hurmmm dah lama aku selalu pandang,fikir ketika aku melintasi kawasan ini untuk bersarapan setiap pagi time2 aku kena masuk kerja shift petang....sambil pekena teh tarik aku selalu fikir mcmana uncle ni?ada x dia punyai anak2 untuk menjaga dia,bini,cukup makan k x,rajin jika dibandingkan dgn Uncle2 melayu yg selalu lepak minum kopi habiskan masa berjam2 berborak pasal politik(Pencen bukan satu halangan ataupun alasan),berita semasa dan lain2 lagi di kala uncle  ini berkebun sayur,menyiram sayur dan sebagainya di kala matahari pagi menjadi semakin panas...

Kadang2 renungan aku jauh sungguh jauh sehingga mengamit memori dikala aku zaman kecil2 dahulu,dilahirkan dalam keluarga yg besar dan serba kekurangan(bukan akan susah seumur hidup kalau rajin bekerja).Tapi syukur aku punyai seorng ayah yg mmg kuat bekerja sehingga hari ini walaupun umur mencecah 80 lebih sehingga sekarang masih kuat.dgn hasil titik peluhnya yg bertahun2 bersama mak aku berusaha allhamdulilah telah berjaya dan senang sehingga sekarang dan berjaya membesarkan kami adik beradik.

MEMORI? yup memori yg akan terpahat hingga anak cucu,bagaimana balik sekolah belum sempat makan dah kelam kabut menyiram sayur yg ditanam oleh ayah aku dihadapan rumah,pergi ke parit melihat BUBU(sejenis alat yg digunakan untuk menangkap ikan,dimana budak2 sekarang pun dah x kenal) yg ditahan oleh ayah aku.merupakan sumber makanan dan pendapatan ketika itu(tahun 80an).

Begitulah bagaimana Uncle ini mengingatkan aku pada zaman kanak2 aku,..harap dapat ceritakan pada anak2 aku..
Tertarik dgn keadaan kebun ni,ada satu hari tu aku pergi sarapan dgn Asyraf anakku sempat aku bawa dia menjengah dikebun ni sambil dia berlari2 melihat sesuatu yg aku ingat mungkin agak baru bagi dia,yer la mana xnya kebun sayur,ada ulat.uncle tua alatan berkebun mmg baru,tanah kotor aku biar ja dia buat,biar dia belajar tahu erti hidup ni bukan nak boleh elok sentiasa....

                  Sambil megembur tanah uncle LOKE sekali sekala menjawab pertanyaan aku...

Dah dua kali aku plan nak pi shoot gambaq dia dok berkebun, akhirnya suatu pagi yg agak cantik cuacanya aku penuhi niat aku dan habiskan masa agak sejam juga la dok bersembang sambil selit bertanyakan pasal kehidupan dia,nasib baik uncle ini seorng yg baik dan peramah juga la...

Nama uncle LOKE....menghabiskan hari2 yg mendatang dgn berkebun ditanah sekangkang kera bersebelahan sungai dan juga kolam tadahan air milik jabatan air SYABAS ini...

Bermula sesi perbualan aku dgn uncle ini yg fasih berbahasa melayu.seawal jam 6 pagi uncle berada dikebun sayurnya ini,dengan hanya bersarapan roti dan air mineral dan sambil memandang jauh diseberang sungai mulut bercerita tentang dirinya kepada aku....dia yg awal datang.bukannya aku, pukul 10 baru aku g ke kebun untuk shoot.

Renungan yang jauh,yang mana aku pun terpikir apa yg direnung jauh dalam kotak pemikiran uncle LOKE ini,yang mana aku sendiri mengelamun akan masa tua kita yg akan mendatang....

Berumur 80 tahun mengisi hari2 dgn berkebun untuk menghabiskan masa yg terluang,setiap pagi petang kadang2 malam masih di sini...x kira hujan ataupun panas..ada pernah satu hari tu sampai pukul 11 malam masih mencangkul batas sayurnya,UNCLE LOKE,malam x boleh tanam mata tak nampak,boleh cangkul saja buat batas,lampu?berbekalkan lampu jalan yg berdekatan dgn kebunya.

Berbekalkan sebotol air setiap pagi uncle akan turun kekebunnya seawal pagi diesebabkan cuaca yg amat panas.pukul 11 sudah x boleh nak buat kerja,banyak panas...sambil2 berkerja sekali sekala uncle LOKE bersembang dgn aku sambil aku menyelit soalan yg kadang2 membuatkan uncle ni berhenti dan bercerita dgn jujur dan sepenuh hati...mempunyai 3 org anak yang mana dah besar2 kesemuanya....dan mempunyai 3 org cucu yang mana tetap mahu berkebun katanya salah satu dimana cara dia mengekalkan kecergasan diri pada peringkat umur sepertinya.
kebun dimana uncle LOKE bercucuk tanam.........
Dijaga oleh anak lelakinya yg sulong dan bongsu,anak kedua perempuan yg sudah berkahwin..bertemankan isterinya dan anak2 meniti hari tua uncle meluahkan rasa gembira sekali sekala kepada aku.kerana mempunyai anak yang   di didik dan berjaya (berjaya dalam hati budi bukan pelajaran yg dimaksudkan,habiskan masa untuk membalas budi dan menjaga uncle LOKE).....Pelajaran xkan menentukan baik buruk diri kita kalau dari dalamnya hitam..dan sekali sekala diceriakan dengan kehadiran cucu-cucunya yg pulang ke rumah uncle LOKE.

Berbekalkan tulang empat kerat yg masih kuat,Uncle LOKE berusaha demi memenuhi masa terluang dengan berkebun tanpa mengambil kira penat,panas atau pun hujan hari-hari 7 hari seminggu uncle tetap datang ke kebun sayurnya......memulakan hari2nya tanpa mengira kerja yang hendak dibuatnya dikebun daripada bermula dengan mengcangkul batas,mengembur tanah dan meyediakan tapak yang baru bagi menanam sayur setelah selesai menjual sayur yg telah dipotong apabila cukup matangnya...

Papan alas tilam katil digunakan sebagai salah satu barang kitar semula oleh uncle Loke..

            Sayur sawi yang baru ditanam berusia 2 minggu...tempoh untuk sayur matang dan boleh dipotong lebih kurang 3 bulan..

                             Anak biji benih yg baru ditanam...ditutup menggunakan jaring bagi mengurangkan penerimaan cahaya matahari yg terlalu panas.....

jaring di pasang pada setiap batas sayur yang baru berusia 2 minggu bagi megelakkan dari serangga yang memakan sayur ataupun daun....


Rutin harian di kebun sayur ini bermula jam 6 pagi sehingga lah pukul 12 tengahari.keadaan panas terik kadang2 memaksa uncle LOKE berhenti rehat lebih awal dan menghilangkan penat setelah berkebun di waktu pagi sebelum menyambung kembali kerjanya pada pukul 3 petang selepas makan tengahari....

 Dibawah jambantan ini lah tempat uncle Loke berteduh dan rehat bagi menghilangkan penat lelah setelah berkebun di watu pagi sebelum pulang untuk makan tengahari.....

Perangkap tikus yg digunakan bagi menangkap tikus yg merosakkan sayur-sayuran yg ditanam.....rupa2nya tikus pun pandai makan sayur.....

Pagar bersebelahan jabatan air SYABAS....

Sistem tadahan air yg diguna pakai...dan berhasil menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan air bagi menyiram sayur-sayuran di kebun ini...


rcycle polistrein box yg digunakan untuk menanam sayur......

Pada sesi sebelah petang pulak uncle Loke akan turun ke kebun ini bermula jam 3 ptg bagi melakukuan kerja membersih kawasan tanaman,batas,cabut rumbut,mengembur tanah dan juga menyangkul batas,dimana sebelah pagi hanya tertumpu kepada menyiram dan membuang daun2 sayuran yg rosak di makan ulat.Kadang2 sesi sebelah ptg ini berlanjutan hingga ke malam hari....




kerja-kerja mengembur tanah dijalankan..tanah harus di gembur bagi mengelak dari air bertakung di permukaan atas apabila sayu-sayuran ini disiram atau pun apabila hujan turun..menurut uncle Loke..tanah diatas akan menjadi keras manakala tanah dibawah lembut....

Sayur-sayuran ini semua dapat di potong atau tuai apabila mengcukupi temph matang lebih kurang 3 bulan.....Uncle Loke menjual kepada peniaga2 pasar pagi berdekatan...merupakan tempat yang baik bagi menjual sayur-sayurannya memandangkan hanya bersebelahan dgn kebun sayurnya...

Kelihatan sayur sawi yang menunggu masa untuk di potong dan dijual kepada peniaga sayur dan ikan di pasar berdekatan uncle Loke bercucuk tanam...

Pokok sawi kelihatan segar dan cantik apabila dibajai,siram,dan dengan perhatian dan jagaan yg baik...




pernah suatu ketika unclr Loke bekerja hingga lewat malam bertemanakan cahaya lampu jalan semata-mata untuk meyangkul batas bagi menanam sayur.......

Pada peringakat umur sebegini kena lebih banyak exersice bagi mengekalkan kecergasan kata uncle Loke dan dia x pernah terfikir nak duduk saja tanpa melakukan sesuatu kerja....

Walaupun berumur 80 tetapi masih kelihatan sihat dan kuat,hasil dari bercucuk tanam dikebun membuatkan sedikit sebanyak uncle Loke kelihatan cergas...

Kelihatan tempat uncle Loke berkebun di atas tanah sekangkang kera bersebelahan tempat merawat air di bawah Jalan Ulu Klang..

Disinilah dimananya bermula hari bagi seorng pekebun sayur menghabiskan hari2 tuanya dgn berbakti kepada tanah bagi menambah pendapatan harian dan mencari sesuap nasi tanpa mengira penat atau letih......aku berlalu dari kebun sayur ini sambil menginggalkan uncle Loke dalam keadaan leka mengembur tanah.....dan aku sentiasa melintasi kawasan kebun ini...dimanabila aku lihat uncle Loke bekerja diwaktu pagi ada sedikit sebanyak mengingatkan aku kala zaman kanak2 yg menbuatkan aku sentiasa bersyukur dimana aku berada hari ini....


PS: Mengingati apa yg kita lihat dan pandang sekali sekala membawa kita kepada dimana kita hari ini dapat membuatkan kita lebih bersyukur....



Tuesday, May 28, 2013

Monday Blues.....kalau dah ketentuan

Hurmmmm monday blues ker?mana xnya org kerja aku off tentu la blues..hehehhehe macam biasa dan kebiasaan cuti mmg x lekat kat rumah dan x dapat nak lekatkan diri pun...hurmmm buat apa? mlm tdo lewat pagi tetap kena bangun awal..
Abg esok banyak kerja tdor ler,katenya bini aku....ternganga juga aku kerja apa yg banyak sgt tu selain appoitment aku dgn doktor gigi,pagi-pagi isnin ni..rupe-rupenya dah disiapkan aku dgn list shopping barang rumah nyer yop...ala cuti pun bangun awal kot,hantar anak,sarapan then hantar wife....ala ala bestnya g hantar wife...hurmmm best la sgt hantar sampai lrt jer kot hehehhehe...nak bestnya hantar sampai office baru best kan sayang kan.....

10.30 macam biasa g buat gigi aku yg mmg dah hampir2 lupus dah ni...nasib baik awal pagi,dapat save time sbb sampai jer xder org lagi....kedebuk kedebak siap ambik acuan nak buat gigi palsu la apa g.....aii rasa dah tua sebelum waktu ni hehehehhe
Siap jer apa g terus g teseco ler nak clearkan shopping list yg mmg bini aku prepare untuk aku setiap hujung bulan.....boleh tahna banyak barang2nya 45 minit kerja kutip barang jer...pastu time bayar ternganga juga mana x yer x pernah2 mcm ni dekat 5ratus juga la...hurm mana xnya sbb bini aku tulis nama barang jer x tulis kuantiti..apa g aku balun jer la...part best..JUNK FOOD xder kuantiti PILIH IKOT SUKA HATI..then barang2 keperluan anak aku bedal beli double saiz hurmmm main sedap ambik mmg la....itu la aku kalu shopping...siap beres dekat kul 12 balik rumah..
Bajet 2 3 hari dah nak g PETRONAS GALLERI tgok exchibition PHOTO AWARD hujung bulan may sampai hujung bulan june..mmg x lepas peluang nak pi..

 Galleri Petronas merupakan galleri seni kontemporari yg ditubuhkan pada tahun 1993..photo dari hakmilik KL PHOTO AWARD 2013.
           
sekali balik wife call,tengahari ajak g OU pass laptop kat office,sbb laptop dia dok buat kerja balckout hehehhehe.
Siap janji pukul 2.30 jumpa depan Uni glo..mmg ler aku dah bajet elok2 last kena rushing sikit ler...sekali rushing punya pasal....sampai area Kg Pandan jalan mmg jam,aku pulak rushing,hangin dah dtg...x pernah jam mcm ni,rupanya cuti sekolah..nak u turn...fikir layan jer la..last camner ntah x leh tahan aku u turn juga..depan tgok mmg clear giler doh..sekali u turn gedebong melayang berterbangan dah macam superman mamat yg tunggang ex5 tu jatuh...aku ala mcm biasa ler dok dlm keta nak jadi apa...keta dah blok jalan,uturn nak bagi habis...driver kereta yg sehala dgn aku mula2 tadi siap terpekik terlolong marah aku,ingat aku nak lari ler,india siap turun kereta tahan aku....oiii kereta blok jalan kot..nak aku parking atas jalan k?sekali turun mmg mulut aku x henti2 minta maaf yer la salah aku kot tempat xleh u turn aku bedal u turn,takot lambat punya pasal...

Sekali koyak rabak juga la pakaian mamat tu,motor mmg out juga la,helmet rosak,mud gard moto patah,batang gear patah,tempat peminjak patah..mmg x leh naik terus doh...tanay nak buat canmer?dia ajak deal..g kedai pomen x pun senttle situ..dia nak 400 ratus 1st last tgok helmet rosak juga dia bedal aku 500 ratus .naik kereta bukbukbuk bunyi nya..hurmmm turn tgok tayar depan kanan bocor sebesar penumbuk,mana xnya tu tempa peminjak motor tercucuk kat situ mana xnya bocor..alamak tayar baru jer tukar bulan lepas...sekali masuk tayar spare bukbukbuk turn tgok,alamak angin xder,xkan bocor kot..nasib kedai dekat..g tukar,punya la lambat sampai aku siap ajak budak tu g makan lagi,aku payung ler hurmm rasa bersalah x habis g kot. baru tgok bumper kereta aku calar balar siap terkopak kena suruh pomen pasang,tapi calar tu yg buat hati gundah tu..bang kena lagi lagi braper sen jer 2ratus hurmmm mmg hiba juga la..tawakal dan redha jer la....nasib baik x bedal beli lens duit simpanan aku kalau x hurmmmm teruk juga la.

Jumpa bini cerita semua,dia tgok aku kesian juga la.mana xnya gaji x dapat g, sekali dah keluar banyak...
Sampai OU dia g office aku mmg window shopping ler heheheh aku ni mmg kaki shopping....siap target semua..dia siap kerja..g makan pastu apa g ada jer benda aku nak beli walaupun dah diberi amaran keras oleh bini aku,XDER SHOPPING KAIN BAJU until raya..hurmmm sambil makan tadi aku dah cakap ayat bagai dah..cair gak..siap g try lepas makan apa g rembat jer....mybe sbb rasa duit dah keluar,alang2 geram juga la kot..

        patutnya sekali rembat 4 helai,tapi sayang sehelai lagi out....mmg aku suka shopping ni jer bulan ni dah 5 helai aku bedal beli baju saja...ala sekali sekala kot mybe kauorg ingat mcmtu....tapi x hehehhe sbb tiap2 bulan aku beli baju,pakai yer kadang2 hehehhe bini aku mmg bising sbb dalam almari belambak2 kain baju..tebiat aku dari dulu...

hah ni bini aku yg punya..alih2 aku pun bedal juga..shower cream degn perfume..asal Body Shop ada sale mmg dia akan beli....best..wangi katanya....mak,ayah dah dapat...kalau shopping mesti ingat untuk anak-anak juga...

hah selalu main kat Ipad jer..kali ni beli yg real punya...mmg happy habis dia dpat blok2 ni..boleh cabut dan masukkan megikut bentuk/jenis kenderaan..aku x tau nak panggil apa dah...

hah siap belikan 3 lagi..Abjad,binatang dan kenderaan...lepas balik taska..suruh check dlm bag,sekali buka mmg senyum lebar,siap tunjuk2 suruh bukakan lagi....puas juga la nak tdo..dapat benda baru katakan...

Sambil tu Amani dok tgok jer gelagat abg dia bila dapat mainan baru...sian dia ,nak beli tapi x boleh main2 apa2 g..xper nanti2 Amani yer..cepat2 besar..kang ayah dgn mama belikan...

hurmmm..apa la abg aku ni....xper2 nanti besar Amani pun boleh dapat....
mmg excited kalau dah dapat benda2 macam n.......


Amani Izara...3 bulan setengah..kepandaian..gulingkan badan,meniarap dan jatuhkan badan dari tilam...
seorng baby yg dimanajkan oleh penjaganya.......

Hurmm balik mmg penat..mandi2 siap terbonkang juga la sampai pukul 10,bangun bedal makan tgok tv jap then mmg terpikir nak update blog pun hah ni dah dekat pukul 2 pun masih menaip lagi...

Lagi satu plan nak bangun awal try g jogging,jogging entah kemana....ingat nak practice shoot gambar sekali banyak kerja pulak.....plan awal pagi shoot gamabr bunga,natural light dari pintu mesti cantik..last hurmm mlm juga aku shoot simple2 jer..ala bunga yg diaorg habis setup untuk baby shower punya party diorg bagi aku bedal la..sapa bagi hurmmmm Jeslina Hashim yg bagitau tau,class gitu..ala dia party planner kot..last dari campak baik dia bagi org....kan....kot dia tgok aku handsome sikit kot hahahhaha perasan nak manpuih...

lawa juga kan aku cucuk bunga..hehheheh ada experience kot pasal gubah mengubah ni.....ala kalau setakat nak beli bunga fresh tu campak kat aku mmg aku boleh senttle punya....

Hurmmm apa mcm kauorg punya Monday Blues ok?hurmm apapun thanks kalau dok layan bebel aku yg panjang berjela ni....hah dah pukul 2 x reti2 nak tdo g zzzzzzzzzzzzzzzzz

PS: Apapun yg mendatang tentu ada hikmah disebaliknya,x hari ni,esok atau lusa atau bulan depan atau tahun depan pasti akan datang hikmahnya.....tawakal,berserah dan fikit positif..motivasi sumber dari PHOTOGRAPHER suami isteri yg selalu aku follow via fb.LOOK IT LOVE wedding,maternity,engagement.potrait Photography...

Saturday, May 25, 2013

WESAK DAY......dah biasa public atau x,sama sahaja..

Wesak day?public holiday k?ada yang kerja,ada yang berniaga ada yang bercuti g jalan.

   Pandai marketing MC,DONALD taruk benda baru diorg kat tempat order drive thru tu.nasib baik anak lelaki,kalau pompuan mmg dah kena dah aku dgn dia "HELLO KITTY" lagi tuh...

Dah lama dah,dan biasa dah kalau public holiday jer kebanyakan org senang hati,kenapa?yer la dapat cuti,duduk rumah x pun g jalan2.Jalan-jalan k?mana cukup sehari jer public kot.
sehari cakap kau!public hari jumaat kot so Sabtu,Ahad kau buat apa kerja k
tgok bini aku asal cuti Public kena jumaat atau isnin mmg best dia relax sakan dari stress tempat kerja,tapi dekat rumah tetap banyak kerja juga....

Aku dah biasa la public dgn x public sama jer sbb bidang kerja aku,tapi kalo public ni penat sikit ler sbb time2 macam ni ler Restaurant penuh sesak....wah class kau nok dah ada restaurant,banyak ler kau,telur ada ler kau nak,Restaurant tempat aku kerja ler..eleh rupa-rupanya kerja kat restaurant jer,apa class,mmg xder class pun hahahhahah sekurang-kurangnya rezeki yg halal kan kan....bukan apa,kalau kutip tin sampah2 terbuang pun dipandang mulia oleh allah sbb dia boleh g mencuri,merompak dari buat kerja tu,tapi dia pilih kerja tu sbb rezeki halal...(cuba la kita ubah pandangan kita terhadap apa yg kita lihat,pandang,fikir elok2)

Wesak day,mmg teruk kena dikerjakan mana x masuk kerja pukul 9 pagi nak x nak pukul 2 3 baru slow down order masuk,tu pun masuk x henti2 sampai pukul 7,lepas tu x tau ler kot2 malam busy sbb pukul 7 lebih aku dah balik..x larat nak tunggu sampai closing doh,esok full day kat tempat kerja lagi...ni pun malas nak tulis entry baru,gagahi juga sbb dah nak jadikan tabiat aku dlm 2 atau 3 hari mesti update blog ni...

Balik rumah..tgok muka anak sambut aku kat pintu grill sampai panggil ayah-ayah,sejuk hati,hilang penat aku....rest,relax jap,tanya bini aku dah masak k blom,katanya x lagi just masak untuk Asyraf dulu..apa g aku ada peluang  ler nak makan benda merapu,makan luar,sbb mmg bajet time kuar kerja lagi...sekali aku suruh dia x payah masak,sbb aku suka hari cuti mcm2 ni lebih baik bagi bini aku rest sikit,penat seharian kot jaga anak2,basuh,kemas umah...ooo macam2


ooo fenat tau....so apa g nak kluar makan best2 agak lewat sikit dah,sbb inga balik pukul 5 tapi sekali pukul 7,bukan apa xkan xder org nak kerja nak main belah balik awal2 kot....

So xder pilihan apa g tambahkan berat badan ler dgn lemak,kulit dan segala bagai aku ajak g drive true MC,Donald la apa g...

Kalau kat drive thru selalu macam ni ler situasinya...

Pekerja: Aslkum selamat mlm,selamat dtg ke mcd.

Aku: wsalam,selamat malam

Pekerja: Nak order apa?

Aku: bagi saya ayam mcd 1 set,besar,air tukar milo
ayam mcd ala carte 1,pastu Double smoke bbg beef 1..

Pekerja: itu sahaja?ada apa lagi?
Aku: dalam hati,punya la bagus marketing strategi dok ada..

Pekerja : Rm 30++ bayar di depan...

Aku: dalam hati,yer la xkan nak undur kereta g bayar kat belakang kot

Hahhh ni mmg selalu keluar dari mulut aku kalau g drive thru..."nak hutang boleh"

pekerja mesti tersengih senyum bila time aku g nak bayar aku siap tanya sekali lagi...
bukan apa just nak ceriakan keadaan jer....


set ayam mcd,ada air (tukar milo)frecnh fries ayam 2 ketul..french fries sah2 x leh makan sbb Asyraf reserve,dia kalau bagi dua bungkus pun boleh habis,asalkan frecnh fries ok......




Apa yang aku order?hahhh biasa jer satu burger Double smoke bbq beef,satu ayam mcd set punya, ayam ala carte dua ketul air mesti tukar ke air milo itu mmg wajib,sbb bagi aku banyak2 milo yang aku minum kat mana2 pun milo kat mc,d mmg yang terbaik..hah saper nak makan tu,ala aku biasa la sekali bedal ayam dua ketu pastu burger satu masih ok lagi banyak tempat boleh diisi lagi hehehheeh..kalau dingatkan dulu2 tabiat makan aku lagi menakutkan,sbb kalau aku g mamak makan nasi kandar mmg makan bnayak pastu dah siap aku boleh order mee goreng mamak lagi untuk bedal,sampai kadang2 kawan2 aku pun boleh cakap aku makan kuat,nak wat camner habitat camtu kan....sampai sekarang ni pun boleh dikatakan mcm tu juga suka makan hehehehhe..tapi buat masa ni x bulat2 lagi kot...

Ala mamat ni makan mcd pun nak bagitahu....eeeehhhh ehhhhh aku punya blog ok,aku yg tulis jgn marah erkkk bukan nak bagitahu makan mcd,ala bukan la hebat sgt pun kaurog pun boleh makan sampai muntah kot....saja nak tulis blog biasakn diri tulis dalam lingkugan 3 hari satu blog tu jer....kau nak baca,xnak baca aku x paksa nok........ni pun gagahi jer...


PS:bagus tulis/atau menulis dari bergossip benda yg belum tentu hujung pangkal yg akhirnya menambahkan berat dosa ehehehehheh..sekadar renungan bersama..

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...