Sunday, June 2, 2013

UNCLE LOKE.......Aku Pekebun sayur...

Hurmmm dah lama aku selalu pandang,fikir ketika aku melintasi kawasan ini untuk bersarapan setiap pagi time2 aku kena masuk kerja shift petang....sambil pekena teh tarik aku selalu fikir mcmana uncle ni?ada x dia punyai anak2 untuk menjaga dia,bini,cukup makan k x,rajin jika dibandingkan dgn Uncle2 melayu yg selalu lepak minum kopi habiskan masa berjam2 berborak pasal politik(Pencen bukan satu halangan ataupun alasan),berita semasa dan lain2 lagi di kala uncle  ini berkebun sayur,menyiram sayur dan sebagainya di kala matahari pagi menjadi semakin panas...

Kadang2 renungan aku jauh sungguh jauh sehingga mengamit memori dikala aku zaman kecil2 dahulu,dilahirkan dalam keluarga yg besar dan serba kekurangan(bukan akan susah seumur hidup kalau rajin bekerja).Tapi syukur aku punyai seorng ayah yg mmg kuat bekerja sehingga hari ini walaupun umur mencecah 80 lebih sehingga sekarang masih kuat.dgn hasil titik peluhnya yg bertahun2 bersama mak aku berusaha allhamdulilah telah berjaya dan senang sehingga sekarang dan berjaya membesarkan kami adik beradik.

MEMORI? yup memori yg akan terpahat hingga anak cucu,bagaimana balik sekolah belum sempat makan dah kelam kabut menyiram sayur yg ditanam oleh ayah aku dihadapan rumah,pergi ke parit melihat BUBU(sejenis alat yg digunakan untuk menangkap ikan,dimana budak2 sekarang pun dah x kenal) yg ditahan oleh ayah aku.merupakan sumber makanan dan pendapatan ketika itu(tahun 80an).

Begitulah bagaimana Uncle ini mengingatkan aku pada zaman kanak2 aku,..harap dapat ceritakan pada anak2 aku..
Tertarik dgn keadaan kebun ni,ada satu hari tu aku pergi sarapan dgn Asyraf anakku sempat aku bawa dia menjengah dikebun ni sambil dia berlari2 melihat sesuatu yg aku ingat mungkin agak baru bagi dia,yer la mana xnya kebun sayur,ada ulat.uncle tua alatan berkebun mmg baru,tanah kotor aku biar ja dia buat,biar dia belajar tahu erti hidup ni bukan nak boleh elok sentiasa....

                  Sambil megembur tanah uncle LOKE sekali sekala menjawab pertanyaan aku...

Dah dua kali aku plan nak pi shoot gambaq dia dok berkebun, akhirnya suatu pagi yg agak cantik cuacanya aku penuhi niat aku dan habiskan masa agak sejam juga la dok bersembang sambil selit bertanyakan pasal kehidupan dia,nasib baik uncle ini seorng yg baik dan peramah juga la...

Nama uncle LOKE....menghabiskan hari2 yg mendatang dgn berkebun ditanah sekangkang kera bersebelahan sungai dan juga kolam tadahan air milik jabatan air SYABAS ini...

Bermula sesi perbualan aku dgn uncle ini yg fasih berbahasa melayu.seawal jam 6 pagi uncle berada dikebun sayurnya ini,dengan hanya bersarapan roti dan air mineral dan sambil memandang jauh diseberang sungai mulut bercerita tentang dirinya kepada aku....dia yg awal datang.bukannya aku, pukul 10 baru aku g ke kebun untuk shoot.

Renungan yang jauh,yang mana aku pun terpikir apa yg direnung jauh dalam kotak pemikiran uncle LOKE ini,yang mana aku sendiri mengelamun akan masa tua kita yg akan mendatang....

Berumur 80 tahun mengisi hari2 dgn berkebun untuk menghabiskan masa yg terluang,setiap pagi petang kadang2 malam masih di sini...x kira hujan ataupun panas..ada pernah satu hari tu sampai pukul 11 malam masih mencangkul batas sayurnya,UNCLE LOKE,malam x boleh tanam mata tak nampak,boleh cangkul saja buat batas,lampu?berbekalkan lampu jalan yg berdekatan dgn kebunya.

Berbekalkan sebotol air setiap pagi uncle akan turun kekebunnya seawal pagi diesebabkan cuaca yg amat panas.pukul 11 sudah x boleh nak buat kerja,banyak panas...sambil2 berkerja sekali sekala uncle LOKE bersembang dgn aku sambil aku menyelit soalan yg kadang2 membuatkan uncle ni berhenti dan bercerita dgn jujur dan sepenuh hati...mempunyai 3 org anak yang mana dah besar2 kesemuanya....dan mempunyai 3 org cucu yang mana tetap mahu berkebun katanya salah satu dimana cara dia mengekalkan kecergasan diri pada peringkat umur sepertinya.
kebun dimana uncle LOKE bercucuk tanam.........
Dijaga oleh anak lelakinya yg sulong dan bongsu,anak kedua perempuan yg sudah berkahwin..bertemankan isterinya dan anak2 meniti hari tua uncle meluahkan rasa gembira sekali sekala kepada aku.kerana mempunyai anak yang   di didik dan berjaya (berjaya dalam hati budi bukan pelajaran yg dimaksudkan,habiskan masa untuk membalas budi dan menjaga uncle LOKE).....Pelajaran xkan menentukan baik buruk diri kita kalau dari dalamnya hitam..dan sekali sekala diceriakan dengan kehadiran cucu-cucunya yg pulang ke rumah uncle LOKE.

Berbekalkan tulang empat kerat yg masih kuat,Uncle LOKE berusaha demi memenuhi masa terluang dengan berkebun tanpa mengambil kira penat,panas atau pun hujan hari-hari 7 hari seminggu uncle tetap datang ke kebun sayurnya......memulakan hari2nya tanpa mengira kerja yang hendak dibuatnya dikebun daripada bermula dengan mengcangkul batas,mengembur tanah dan meyediakan tapak yang baru bagi menanam sayur setelah selesai menjual sayur yg telah dipotong apabila cukup matangnya...

Papan alas tilam katil digunakan sebagai salah satu barang kitar semula oleh uncle Loke..

            Sayur sawi yang baru ditanam berusia 2 minggu...tempoh untuk sayur matang dan boleh dipotong lebih kurang 3 bulan..

                             Anak biji benih yg baru ditanam...ditutup menggunakan jaring bagi mengurangkan penerimaan cahaya matahari yg terlalu panas.....

jaring di pasang pada setiap batas sayur yang baru berusia 2 minggu bagi megelakkan dari serangga yang memakan sayur ataupun daun....


Rutin harian di kebun sayur ini bermula jam 6 pagi sehingga lah pukul 12 tengahari.keadaan panas terik kadang2 memaksa uncle LOKE berhenti rehat lebih awal dan menghilangkan penat setelah berkebun di waktu pagi sebelum menyambung kembali kerjanya pada pukul 3 petang selepas makan tengahari....

 Dibawah jambantan ini lah tempat uncle Loke berteduh dan rehat bagi menghilangkan penat lelah setelah berkebun di watu pagi sebelum pulang untuk makan tengahari.....

Perangkap tikus yg digunakan bagi menangkap tikus yg merosakkan sayur-sayuran yg ditanam.....rupa2nya tikus pun pandai makan sayur.....

Pagar bersebelahan jabatan air SYABAS....

Sistem tadahan air yg diguna pakai...dan berhasil menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan air bagi menyiram sayur-sayuran di kebun ini...


rcycle polistrein box yg digunakan untuk menanam sayur......

Pada sesi sebelah petang pulak uncle Loke akan turun ke kebun ini bermula jam 3 ptg bagi melakukuan kerja membersih kawasan tanaman,batas,cabut rumbut,mengembur tanah dan juga menyangkul batas,dimana sebelah pagi hanya tertumpu kepada menyiram dan membuang daun2 sayuran yg rosak di makan ulat.Kadang2 sesi sebelah ptg ini berlanjutan hingga ke malam hari....




kerja-kerja mengembur tanah dijalankan..tanah harus di gembur bagi mengelak dari air bertakung di permukaan atas apabila sayu-sayuran ini disiram atau pun apabila hujan turun..menurut uncle Loke..tanah diatas akan menjadi keras manakala tanah dibawah lembut....

Sayur-sayuran ini semua dapat di potong atau tuai apabila mengcukupi temph matang lebih kurang 3 bulan.....Uncle Loke menjual kepada peniaga2 pasar pagi berdekatan...merupakan tempat yang baik bagi menjual sayur-sayurannya memandangkan hanya bersebelahan dgn kebun sayurnya...

Kelihatan sayur sawi yang menunggu masa untuk di potong dan dijual kepada peniaga sayur dan ikan di pasar berdekatan uncle Loke bercucuk tanam...

Pokok sawi kelihatan segar dan cantik apabila dibajai,siram,dan dengan perhatian dan jagaan yg baik...




pernah suatu ketika unclr Loke bekerja hingga lewat malam bertemanakan cahaya lampu jalan semata-mata untuk meyangkul batas bagi menanam sayur.......

Pada peringakat umur sebegini kena lebih banyak exersice bagi mengekalkan kecergasan kata uncle Loke dan dia x pernah terfikir nak duduk saja tanpa melakukan sesuatu kerja....

Walaupun berumur 80 tetapi masih kelihatan sihat dan kuat,hasil dari bercucuk tanam dikebun membuatkan sedikit sebanyak uncle Loke kelihatan cergas...

Kelihatan tempat uncle Loke berkebun di atas tanah sekangkang kera bersebelahan tempat merawat air di bawah Jalan Ulu Klang..

Disinilah dimananya bermula hari bagi seorng pekebun sayur menghabiskan hari2 tuanya dgn berbakti kepada tanah bagi menambah pendapatan harian dan mencari sesuap nasi tanpa mengira penat atau letih......aku berlalu dari kebun sayur ini sambil menginggalkan uncle Loke dalam keadaan leka mengembur tanah.....dan aku sentiasa melintasi kawasan kebun ini...dimanabila aku lihat uncle Loke bekerja diwaktu pagi ada sedikit sebanyak mengingatkan aku kala zaman kanak2 yg menbuatkan aku sentiasa bersyukur dimana aku berada hari ini....


PS: Mengingati apa yg kita lihat dan pandang sekali sekala membawa kita kepada dimana kita hari ini dapat membuatkan kita lebih bersyukur....



No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...