Tuesday, November 5, 2019

SILALIMA-Guesthouse Kuantan.


SILALIMA.

Berbalik empat lima tahun lepas first time tengok guesthouse ni aku dah tertarik.
lastly kali ni aku check in juga,lama dok aku idamkan.



Bak kata macam cinta pandang pertama time tu bila aku tengok,kebetulan
lalu kawasan jalan tu sbb nak melawat kawan dekat KPJ Hospital berdekatan.
Banyak kali dah nak check in tapi rasa macam takut sempit biliknya,mana taknya anak pun dah 3 orang.



So kali ni memang tekad aku sbb nak juga penuhi impian aku ni.Kebetulan pulak ada jemputan kenduri kahwin sepupu bini aku.
Mau tidaknya bila mula2 cari tempat penginapan SILALIMA lah yang terjah kat kepala aku terus suruh wife aku book untuk satu malam.




Pendekkan cerita tak lama pun hanya 2 hari 1 malam saja.
serius tak puas bila masuk 2nd day tuh,tempat seronok,interior menarik
sekeliling kawasan pun memang aman damai.
Berbaloi kalau kauorg nak check in sini.




Check in pun dah lewat petang,esok tengaharinya dah nak keluar sebabkan nak ke kenduri.
Mula2 jejak kaki memang teruja sangat2 macamana 1st time aku jumpa tempat ni dulu.
Dengan interior dia,architecture dia,rumah lama di reka baik dengan interior baru.




Guesthouse tapi macam hotel 4 bintang tu yang boleh aku cakap,nak tau kena try dulu memang2 berbaloi sangat dan kauorg tak akan nyesal.
rate kalau kedengaran agak mahal sbb taraf Guesthouse rm 160-200++,tapi memang harga yg berbaloi sebabkan semua bilik,tuala,bilik air,interior dah taraf hotel.





Kemas bersih dan penuh kehijauan sekeling walaupun dok kat tengah2 kawasan perumahan dan tepi jalan.Parekin senang sebelah hadapan boleh park 3 ke 4 biji kereta,kalau dah depan penuh masih ada parking di sebelah belakang yang luas.






Dapat bilik sebelaah atas hujung sekali.
Jalan ikot sebelah belakang nak ke bilik pun hati berbunga2 sebab boleh layan diapunya decoration dan juga design sekeling.





Kenapa kauorg kena try sini?
-Bilik banyak pilihan.
-Harga berbaloi.
-Interior dan suasana memang best.
-Decoration serta katil berbaloi.
-Aku Rate 5/5 untuk SILALIMA ni.




overal memang berbaloi2 check in sini
insyallah akan ada next check in lagi kat sini.

GUESTHOUSE:

SILALIMA.

No 5 ,Jalan Alor Akar,25050 Kuantan
Pahang,Malaysia.

Contact : +60 9-5600 0077


PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...