Thursday, August 29, 2013

1st Time Beraya di TERENGGANU last part.....Dua Hari Satu Malam.

huhhhh 2 hari satu mlm ,cukup ker cuti untuk berhari raya?baik dari x dapat langsung kan?tapi mmg penat dan pax gila timing dia.mana x dah ler sampai Kemaman 1st day raya,last pagi2 hari raya kedua dah siap2 nak berangkat balik mmg buntut x sempat panas,lenguh tangan pegang stereng pun x sempat hilang dah nak drive balik....apa boleh buat...

2nd day raya awal pagi dah berkemas siap nak balik,sempat lagi sarapan nasi minyak yg maksu masak,kena dengan ayam goreng,acar rampai fuhh mmg sedap ler nasi panas2 kot..ala kebiasaan kat sana sepanjang hari kebanyakan rumah mesti nasi jer jamuan utama sempena raya,nasi minyak,nasi dagang,nasi tomato fuhhhh mmg kalau sapa2 yg stock nak tambah berat mmg digalakan cuba dan try beraya di sebelah pantai timur..sambil aku  shoot gambar,sempat lagi nikmati suasana pagi sebelum bergerak,itupun ada 3 4 buah rumah yg nak kena singgah beraya sebelum betul drive balik,mana xnya rumah bapa mertua paksu ler,rumah kawan nenenk ler sbb nak tgok wife aku satunya cucu nenek yg jauh,nenek lama dah arwah pun...last dekat pukul 12 juga la habis so kitaorg bergerak.....

hahh kelihata pondok untuk parking Van Pak Su.......van sentiasa dijaga dgn elok,sentiasa berkilat.....

bunga-bunga di tepi jalan

hahh anak teruna aku menunggu ayahnya sebelum sarapan.....mmg perangai aku pergi mana2 suka bangun awal pagi melawat kawasan.....


Dua daripada 6 adik beradik anak Pak Su kesemuanya...........

anak sulong daripada enam adik beradik........

hahh yg ni mmg bukan anak pak su....hero aku ni mmg kerja dia macam aku juga asal tempat baru semua dia explore jer......time shoot ni ada sesetengah anak Pak Su yg masih tdo lagi....

Haaaaa dekat Kemaman ni atau Terengganu x sah kalau kauorg datang tapi x singgah untuk mencuba kopinya yg mmg popular seluruh Terengganu dan juga Malaysia mana lagi kalau bukan kat Hai Peng kedai kopi di Pekan Kemaman......

Kedai Kopi Hai Peng.......mmg kalau drvie ikot jalan ni nak menghala ke Kuala Terengganu pasti akan kelihatan kedai kopi ini...mudah dicari,kalau bertanya semua org tahu kedai ni.....kalau x tahu sah-sah bukan org ganu...Time ni x buka sbb raya,so ditutup selama 2 hari....kalau x salah ditutup pada hari jumaat juga...

Dah drive keluar dari kemaman....destinasi seterusnya kat rumah sepupu wife aku yg mmg  sentiasa meriah....sepupu dah ada cucu pun,pangkat nenek ler katanya..kan sepupu2 wife aku mmg dah berumur semuanya,so anak2 dia la jadi kawan2 wife aku,patut dia org panggil mak long...dah di biasakan panggil Kak Long oleh sepupu2nya maka anak2 sepupu wife aku pun bedal panggil Kak Long....

Patut janji nak berarak pergi beraya,sekali pukul 3 baru sampai.mmg x dapat ler mana xnya full house...dari pagi sampai mlm...kesian dekat Kak Imah panggilan yg kitaorg panggik kat sepupu wife aku....kat sini dah mcm rumah aku sendiri,dah biasa dgn anak2 dia,so mmg x segan ler aku,lapar,nak mandi,tdo pandai2 aku ler.....2nd day raya mcm rumah kenduri jer kat sini,mmg betul mcmana wife aku cerita mmg x henti2 adik beradik datang,mana xnya sbb Kak Imah mmg jenis suka melawat adik beradik sakit,demam,kematian,kenduri kendara mesti dia pergi....aku mmg x shoot gambar sbb terbongkang kepenatan..... last terjaga sbb kawan2 arwah anak kak Imah ni yg meninggal bulan 4 haritu datang beraya mmg ramai sangat2...mana xnya aku terjaga...ni jer gambar yg aku sempat shoot,ni pun dah time siap kemas2 mlm tu sebelum bertolak balik...


kelihatan anak aku bersama dgn anak kak Imah salah seorangdari 6 adik beradik....

salah seorng anak Kak Imah bersama cucunya.....

Agak lewat juga kitaorg bertolak dari Pekan ni lebih kurang pukul 10 mlm...last sampai kl dekat pukul 2 pagi...mmg penat drive..sempat berhenti kat setiap hentian lagi....seawal pagi mmg aku dah kena kerja..dua hari pulak tu,,ksian wife aku dua hari tinggal kat rumah menunggu aku sebelum kitaorng bertolak balik ke Kedah tuk beraya......nak x nak dia dah biasa kot jadi wife kepada seorng tukang masak..thanks so much....apa balik Kedah?yer la walaupun dah berapa hari raya aku x kira janji boleh balik jumpa mak dan ayah aku pun dah kira cukup.......mmg best juga la aku siap bedal cuti 4 hari tambah pulak dengan Mc 2 hari mmg puas hati aku...hahh tunggu jer mcmana aku beraya ke kat Kedah?shopping kat Pekan Rabu,beli apa hahh just tunggu jer ok...

PS:hari yg mendatang kita tidak akan tahu masih bernafas atau tidak kita,jadi hendaklah sentiasa bersyukur dlm apa jua nikmat yg dikurniakan walau sekecil mana pun...


Monday, August 26, 2013

1st Time Beraya di TERENGGANU II....naaaa naaaa naaaa kita makang Nasi Dagang.

hurmmmm best juga la ler sekali beraya kat TERENGGANU,drive mlm raya,check in hotel,dengar takbir raya bila tolak sliding door,selera makan yg mmg x berapa nak ok jika nak bandingkan hari biasa yg mana kalau org tengok aku kedarah pun org x percaya dengan badan aku yg keding ni.....hurm pukul 12 check out mana lagi terus drive g Kemaman yg mana dalam kepala otak aku mmg x tahu nak beraya kat rumah saper atau kat mana sekali wife aku mmg dah tahu al maklum ler kawasan dia kot.....1st dalam dok drive sebelum balik pun dah dok ingat nak cuci kereta aku yg mmg belemuih(kotor kata org Kedah),so dok ingat sapa la nak buka time raya2 ni kan sekali dah nak dekat sampai Pekan Kemaman tgok ada pandu lalu punya car wash,sekali mmg dah terlepas,nak x nak ini jer yg jumpa aku dok fikir so u turn cuci juga ler,org sana panggil cuci kereta mesin kot kalau x salah aku....hah tgok mmg beratur la mana xnya satu2nya car wash yg buka sempena hari raya...




Hurmmmm mana x banyakkan sekali 5hinggit jer,ok ler tu just cuci pastu lap jer nak polish tayar tambah 2 hinggit....

Habis siap cuci kereta haa 1st rumah yg kitaorng tuju mana lagi rumah sepupu bini aku ler,ikotkan x g juga tapi dok ingat anak2 dia mmg baik dgn wife aku lagipun dulu2 pun time kecik2 jer bini aku g sana,sekali sampai mmg org ramai yer la mana xnya sampai pun dah lepas tengahari sikit,nasi minyak dah habis sekali bedal satay jer la dgn kuih raya...ok ler tu...hah org sana kalau raya mmg dah adat istiadat pagi ptg mlm nasi minyak,nasi dagang tu dah kebiasaan di musim raya berbanding area negeri aku Kedah,lemang,ketupat kuih raya ,kalau nak best2 raya kedua baru ada nasi minyak k,laksa,mee atau bihun soup....2st house lagi rumah sepupu bini aku juga kat Binjai area dekat2 kemaman tu juga,hah time ni mmg aku yg kena,kena apa?kena makan cukup2 ler sbb mmg pergi mmg dah terhidang Nasi minyak,nasi dagang,siap ketupat kuh raya bagai,haaah kena pulak musim buah,siap ada sekali buah-buahan...penat juga la aku sbb kena paksa makan...

haahhh kalau nak tahu sepupu sepapat bini aku ni semua stock2 dah berumur ada anak cucu dah, wife aku jer yg paling muda...siap kena panggil kat dia mak long g tapi nak muda punya pasal disuruhnya panggil Kak Long saja

Last2 sampai petang juga sampai rumah Pak Su dia mana xnya..nak sampai pun siap sangkut merata-rata.


hahhh sampai jer kat rumah pak su wife aku pun dah petang dah apa g just mandi rest relax sembang2 jer sbb masing nak jalan pun dah penat kan...last masak untuk makang malam apa g res tgok tv jer la,mmg tdo awal ler penat punya pasal...

Hahh lagi satu kalau dah ada anak2 ni biasa ler mmg kejap2 jaga dibuatnya sebabkan faktor cuaca,keadaan dan susasana baru bagi diaorg so mmg mcmni ler,nak x nak layan jer la....

Memang singkat masanya dua hari kot kat sana...mana xnya gara last2 baru drive balik pastu banyak rumah yg nak pergi dalam list bini aku nak x nak...layan jer la...raya..2nd day dah nak gerak balik tapi sambil2 tu mmg meyingah ler hahh bestkan?x best? ala xper la janji layan baca kalau x baca pun x per,so yg mana baca just tunggu aku update..nak update pun makan seminggu juga la ni,penat kerja,ala lepas2 cuti mmg banyak nak kena clear dulu sementara nak balance balik..so cau dulu...layan....

happy face time on the way g Kemaman.......

hahh happy time main game sambil layan kawan2 baru...anak-anak Pak Su...


PS: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yg diberi walaupun sekecil atau sebesar mana pun...

Tuesday, August 20, 2013

SWISS GARDEN HOTEL&SPA....... 1st Time Beraya Di Terengganu

hahhhh dah nak dekat 12 syawal kalau x salahku harini....1st off day selepas raya....patut hari jumaat dah start kerja tapi aku bedal mc 2 hari gara2 aku kena postpone cuti sehari....cuti ker?
tak ada pun cuti just kedai tutup 2 hari so itulah cuti aku time yg betul2 hari raya...Sabtu datang kerja balik satu hari. last2 chef aku msg dia x balik lagi so aku ler kena tunggu hari Ahad tu kerja apa g kena tunggu juga la nak x nak pun,mak dia nak buat kenduri last minute bagai la....ala kat area sana hari2 raya pun kedai dah buka so boleh ler shopping barang untuk masak time kenduri tahlil...

Disebabkan itu jer cuti aku 2 hari apa g tahun ni fikir punya fikir last wife aku bagi idea balik beraya kat TERENGGANU....naaa naaa naaa kita tengok penyu telor,jangan penyu tengok telor aku sudah...1st time beraya kat sana...yer la nak balik KEDAH k dengan cuti yg 2 hari tu?agak-agak ler dengan jalan jam lagi time balik,dahtu balik kerja pun dah pukul 9 lebih,nak jumpa client yg aku shoot wedding haritu nak bagi album lagi...

Pukul 9 dah kelaur dari kedai..cepat2 balik kemas apa yg patut barang aku jer lain semua wife aku dah clearkan ,dia kalau bab2 kemas mmg detail...sempat lagi balik rest,mandi then burn DVD copy gambar yg aku nak bagi client.....pukul 10 keluar agak jam juga la..last jumpa client bagi DVD dengan Wedding Custom Album yg aku dok pulun siapkan masa bulan posa haritu..dekat pukul 12 juga la baru betul2 kluar dari KL.
Kira ok juga la sbb kurang penat ngantuk dan letih mungkin sbb aku makan sikit sangat time berbuka,selalunya mmg ngantu dan penat ler...last lepas masuk Karak highway baru aku berhenti dekat BP mybe sbb lapar kot apa g makan dulu ler....wife aku masakan bekal...Nasi putih,sambal ikan bilis petai,ayam masak kicap,sayur kacang goreng hurmmm apa g bedal jer la....

Boleh tahan aku drive just berhenti kat hentian Temerloh sekejap then terus drive dah dekat pukul 3 lebih baru sampai Kuantan haaa time ni mmg terasa penat...baik punya idea last minute call kawan aku kat SWISS GARDEN HOTEL&SPA nasib sebelahi aku kebetulan dia kerja shift mlm sampai pagi,apa g baik punya kautim kebetulan ada bilik yg guest x datang so dapat ler murah2 check in jer la semata nak rest,relax mandi tdo....nah ambik kau...



hahh tgok sampai jer check in pukul 3 lebih dalama keadaan mmg dah megantuk 1st susu yg dia minta dulu....ingat megantuk dapat susu terus boleh tdo...lain pulak jadinya

hahh ni ler jadinya lepas kenyang minum susu...punya la mengantuk time minum susu siap sapu2 mata lagi..

Murah ker check in sini?agak ler sbb time ni dapat bilik pun kautim ingat kalau harga dia mau dekat 2ratus lebih semalam siap dengan breakfast untuk 2org ler....hotel dia mmg ok ler dekat dengan Pantai Balok...ala check in dah pagi buta nak buat camner....4 Star Hotel

aku awal2 mmg camera dulu ler aku capai shoot gambar anak aku dengan gambar2 apa yg patut...




hurmmmm tdo punya tdo last bangun jer buka sliding door fuhhh mmg cantik dan nyaman suasana tgok pokok2 segar,kebetulan bilik aku mengadap hutan pokok2 besar,lagi best kan kalau dapat yg ngadap pantai,sambil2 kedegaran takbir raya kesayuan dari masjid berdekatan last aku masih kat hotel lagi....nampaknya melepas ler aku nak sembahyg raya tahun ni,rasa sayang juga la sbb buka2 tingkap jer dengar takbir raya...

hah tgok asal bangun jer dengan ipad dia..bertuah budak2 sekarang...

Last dekat pukul 9lebih baru siap turun coffeehouse untuk breakfast...boleh tahan juga la food dia tapi sayang, rasa nak makan tiba2 jadi x berapa nak sedap,mybe sbb selalunya pagi raya asyik pekena lemang x pun ketupat kot last2 kali ni nak ngadap western,malay breakfast,alamatnya makan juga la untuk isi perut...

Siap semuanya aku sekeluarga dok ingat x pernah2 ada gambar time raya hah ni dia kelam kabut aku set camera aku.siap alas dengan beg bagai semata2 nak dapat balance shoot,puas juga la nak pulak dinding rapat nak undur x boleh,kena lens camera pulak 50mm jer nak x nak bedal jer la...

 testing shoot..puas juga la dok alas camera,bubuh meja la cawan la......

 hurmmmm sekali terpotong la pulak..ni ler akibat xder org nak tolong shoot..

composition dah ok,sekali over expose ler pulak siap blur lagi

hah finally kira ok juga la walaupun ada crop dekat kepala aku sikit........hah ni set baju raya yg tahun lepas..nak jimat disebabkan dok ingat baju masih baru dan elok lagi......


hahh ni super hero aku bukan setakat breakfast jer mcm2 di buatnya....bak kata org sambil menyelam minum air katakan.

Hahh puas juga la aku ni dok kepung dia,mana xnya kehulu ke hilir......ala biasa la budak2 kan aku ni layankan ajer sbb kalau nak suruh diaorg betul2 dudk mana hendaknya kan....



hah tgok mmg betulkan lagi kalau dah jumpa pool mcm ni nak jer dia angkut batu kat luar sana campak2 kat dalam ni puas juga la kena tarik telinga dik aku

Last dalam pukul 12 juga la kita org check out then apa g beraya la mana lagi,tujuan destinasi sebenarnya ke rumah bapa saudara wife aku dekat Kemaman tapi sebelum tu mmg sah2 ler sangkut rata2..

Nak x nak layan raya dulu la tu jer yg boleh buat,jauh k dari Pantai Balok ke Kemaman?best ke? hah nak tahu tunggu jer la kang aku update next blog ok.....so apapun layan ler openhouse korang sambil2 kuatkan diri time2 masuk kerja al maklum la selepas cuti2 panjang ni,makan banyak,best jumpa kawan2,so taaata tiittii tutuuuu 

PS: Rezeki halal atau haram dari Allah,cuma jalan yang kita pilih itu dari kita sendiri...samada mahu cari cara halal atau haram....maha adil kan Allah itu halal pun diberi haram pun diberi rezeki olehnya.



Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..........

Hahhhhh macamna dengan persiapan nak balik kg kauorg semua ok semua dah check?
Hahhhhh ni update blog time kerja mampus aku kalau BIG BOSS tahu hehehhhehehe ala just take time sbb x busy sangat sehari sebelum hari raya ni so apa g siap aku bawa laptop aku ke tempat kerja bukanya apa semata2 kerana aku lupa nak soorting gambar yg mlm ni aku nak kena hantar kat client so ni semua idea wife aku suruh bawa buat tima lapang kat tempat kerja......ok juga idea tu kadang2 wife aku ni bagus juga dia punya idea kan......hahhhh sambil buka Lightroom sempat juga jengah FB dengan  blog aku ni....

So semua pack,semua dah check hopefully semua org bergembira di hari raya nanti  errkkkkk dalam pada tu jgn jgn jgn belum sampai kg lagi kan so time nak drive tu biar slow xyah kelamkabut...tujuan satu jer nak balik kg lambat atau cepat tetap sampai juga kan......

Aku?balik mana boleh x balik sejak bekeluarga ni nak x nak mesti balik juga time raya....
Hahhhhh semua dah ready just tunggu aku jer balik kerja....
Awal2 semalam lagi bini aku dah pack semua.....
Kereta pun dah siap.....
Bertolak lewat sikit la....sbb nak singgah jumpa client nak bagi album wedding...hah nanti aku update gambar album time balik KL nanti.......

So aku nak ambik kesempatan ni nak ucap SELAMAT HARI RAYA untuk
 kauorg semua yg sudi baca blog aku x pun jengah k x kisah ler...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.........

PS: DALAM KITA BERGEMBIRA JGN LUPA BERSYUKUR DAN INGAT YG SUDAH TIADA......

Monday, August 5, 2013

Ramadhan akan meninggalkan kita...Syawal bakal menjelma...

hahhh macamana semua?dah siap ke kuih raya?baju raya dah shopping untuk anak2,mesti masing2 busykan dengan persiapan nak menyambut kedatangan satu Syawal hurmmmm dalam pada tu Ramadhan akan meninggalkan kita bagaimana puasa amal jariah amal ibadat di bulan puasa yg mulia ni?harap di kurniakan dgn segala macam keberkatan dari illahi insyallah sama2 berdoa kepadanya........hurmmmm shopping persiapan raya bagi aku setiap tahu ala kadar sahaja ala mcm biasa dulu masa single2 time boleh lagi sibukkan diri g sana sini jalan2 shopping tapi sekarang ada time nak g pun kena tgok juga,lagipun shopping pun 1st semuanya untuk anak2 dulu itu yg penting sbb bila dah jadi mak bapak ni sentiasa ingat dekat anak2 jer dulu...rasanya macam tu ler mak dgn ayah kita dahulu....

Ingat 25 tahun dulu...asal nak dekat raya mak atau ayah aku bawa g beli baju raya di pekan....
pekan Pendang,mmg tempat kebiasaan mak aku bawa aku setiap kali nak raya dan setiap hari sabtu
best sangat k?x ler sebagus sekarang tapi kenangan itu  lebih manis,indah dan berharga....
pernah satu kali aku leka dok melihat permainan sehingga mak aku berjalan dulu dan tinggalkan aku sorang2 agak lama juga hingga mak aku berpatah balik aku masih disitu....
Ingat lagi setiap kali dapat duit raya kat Pekan Pendang lah tempat kami habiskan duit,Beli mainan,pistol air,bola,dan macam2 lagi ,Tambang bas baru 30 sen waktu tu.
Sekarang setiap waktu detik gembira atau sedih baru aku tahu mcmana mak dgn ayah kita kasihkan anak2nya.....hahhh

Sekarang persiapan raya kalau nak shopping aku dan isteri bajet dan shopping untuk2 anak2 dulu bagi aku biar diaorg dapat dan aku mendapat kepuasan diri itu yg paling mengembirakan....

isnin lepas bawa wife g shopping barang anak2...ala shopping pakaian baju seluar sempat juga aku shopping sandal untuk diri aku dan wife aku....

 sepasang kasut untuk si kecik manisku...Amani Izara....

 sepasang buat isteri aku.....

sepasang buat aku...kasut org kg macam aku mmg selesa..sandal,selipar asalkan xyah pakai stokin....asal kemana saja aku bedal selipar atau sandal jer...dah kebiasaan dari dulu lagi...

Untuk Ayraf mmg x der belikan kasut sbb mmg dah berpasang aku shopping dekat dia sebelum ni....apa yg dapat kali ni? 
hhehehhehehe x banyak sangat pun tapi tebiat aku susah nak buang kalau g shopping...

3 pasang pakaian untuk Amani
3 pasang untuk Asyraf...
untuk aku? hahhahaha tengok lagi esok kalau rajin hehehheh untuk wife sekali nak bedal juga...
2 pasang sandal untuk wife..
Sepasang kasut untuk Amani...
Sepasang sandal untuk aku....
hah ni apa yg aku dapat untuk shopping hari isnin lepas...belom tgok esok apa yg aku bedal pulak

hahhh esok mmg nak g lagi tgok seluar untuk aku dan baju untuk wife....kira ok ler tu seluar jeans aku pun last beli 2011 kot sampai sekarang dok elok lagi...kali ni nak juga shopping...

Lain2 baju melayu Asyraf dah ada,untuk aku dah ada untuk wife pun dah ada yg tahun lepas pun masih cantik dan lawa lagi..ala bukanya pakai sngt pun bila lepas raya so xyah nak susah dan bazir nak beli2 lagi g pun yg lain pun ada lagi...bukan apa beli 3 4 ratus lepas tu pakai time raya,raya haji,open house pastu dok lipat dalam almari.....bukan x mampu just nak kurangkan jer....hurmmmm kurang x kurang at last ada juga lebih duit untuk saving....

dlm dok kurang2 pun dapat juga g shopping untuk anak2 yg best mana xnya...g GAP,GINGERSNAP,COTTON ON,H&M....hah boleh tahan ler harga ni semua gara2 aku dan tebiat aku.......bukan x ada bajet dan masih lagi jimat sbb semua dah dikira dan tulis so xder lebih xder kurang...

Kira ok ler untuk2 anak aku fikir, dulu aku susah nak dapat so time diaorg aku belikan jer la asalkan diaorg happy aku puas hati.....

so mcmana dgn kauorg?
apapun semoga semuanya berjalan lancar dengan persiapan raya kauorg...
aku ambik kesempatan ini untuk Ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin...thank pada yg sudi membaca.....nantikan blog update mengenai raya aku lepas ni KL-TERENGGANU-KL-KEDAH hah inilah destinasi aku dan cerita yg aku update pasal raya sbb ini 1st time balik beraya kat Terengganu then balik Kedah..so apapun tungguuuuuu

PS;berhati2 semasa memandu pulang ke kampung...BIAR LAMBAT,ASAL SELAMAT TIBA..

Yak Yak Yeaayy....Thank You Nuffnang.

 Yak Yak Yeaayy.. Yak Yak Yeaayy.. Aku tanya ni?awat hang seronok sangat? Mana tak seronok,dapat 2 tiket FREE.Nuffnang belanj...