Thursday, August 29, 2013

1st Time Beraya di TERENGGANU last part.....Dua Hari Satu Malam.

huhhhh 2 hari satu mlm ,cukup ker cuti untuk berhari raya?baik dari x dapat langsung kan?tapi mmg penat dan pax gila timing dia.mana x dah ler sampai Kemaman 1st day raya,last pagi2 hari raya kedua dah siap2 nak berangkat balik mmg buntut x sempat panas,lenguh tangan pegang stereng pun x sempat hilang dah nak drive balik....apa boleh buat...

2nd day raya awal pagi dah berkemas siap nak balik,sempat lagi sarapan nasi minyak yg maksu masak,kena dengan ayam goreng,acar rampai fuhh mmg sedap ler nasi panas2 kot..ala kebiasaan kat sana sepanjang hari kebanyakan rumah mesti nasi jer jamuan utama sempena raya,nasi minyak,nasi dagang,nasi tomato fuhhhh mmg kalau sapa2 yg stock nak tambah berat mmg digalakan cuba dan try beraya di sebelah pantai timur..sambil aku  shoot gambar,sempat lagi nikmati suasana pagi sebelum bergerak,itupun ada 3 4 buah rumah yg nak kena singgah beraya sebelum betul drive balik,mana xnya rumah bapa mertua paksu ler,rumah kawan nenenk ler sbb nak tgok wife aku satunya cucu nenek yg jauh,nenek lama dah arwah pun...last dekat pukul 12 juga la habis so kitaorg bergerak.....

hahh kelihata pondok untuk parking Van Pak Su.......van sentiasa dijaga dgn elok,sentiasa berkilat.....

bunga-bunga di tepi jalan

hahh anak teruna aku menunggu ayahnya sebelum sarapan.....mmg perangai aku pergi mana2 suka bangun awal pagi melawat kawasan.....


Dua daripada 6 adik beradik anak Pak Su kesemuanya...........

anak sulong daripada enam adik beradik........

hahh yg ni mmg bukan anak pak su....hero aku ni mmg kerja dia macam aku juga asal tempat baru semua dia explore jer......time shoot ni ada sesetengah anak Pak Su yg masih tdo lagi....

Haaaaa dekat Kemaman ni atau Terengganu x sah kalau kauorg datang tapi x singgah untuk mencuba kopinya yg mmg popular seluruh Terengganu dan juga Malaysia mana lagi kalau bukan kat Hai Peng kedai kopi di Pekan Kemaman......

Kedai Kopi Hai Peng.......mmg kalau drvie ikot jalan ni nak menghala ke Kuala Terengganu pasti akan kelihatan kedai kopi ini...mudah dicari,kalau bertanya semua org tahu kedai ni.....kalau x tahu sah-sah bukan org ganu...Time ni x buka sbb raya,so ditutup selama 2 hari....kalau x salah ditutup pada hari jumaat juga...

Dah drive keluar dari kemaman....destinasi seterusnya kat rumah sepupu wife aku yg mmg  sentiasa meriah....sepupu dah ada cucu pun,pangkat nenek ler katanya..kan sepupu2 wife aku mmg dah berumur semuanya,so anak2 dia la jadi kawan2 wife aku,patut dia org panggil mak long...dah di biasakan panggil Kak Long oleh sepupu2nya maka anak2 sepupu wife aku pun bedal panggil Kak Long....

Patut janji nak berarak pergi beraya,sekali pukul 3 baru sampai.mmg x dapat ler mana xnya full house...dari pagi sampai mlm...kesian dekat Kak Imah panggilan yg kitaorg panggik kat sepupu wife aku....kat sini dah mcm rumah aku sendiri,dah biasa dgn anak2 dia,so mmg x segan ler aku,lapar,nak mandi,tdo pandai2 aku ler.....2nd day raya mcm rumah kenduri jer kat sini,mmg betul mcmana wife aku cerita mmg x henti2 adik beradik datang,mana xnya sbb Kak Imah mmg jenis suka melawat adik beradik sakit,demam,kematian,kenduri kendara mesti dia pergi....aku mmg x shoot gambar sbb terbongkang kepenatan..... last terjaga sbb kawan2 arwah anak kak Imah ni yg meninggal bulan 4 haritu datang beraya mmg ramai sangat2...mana xnya aku terjaga...ni jer gambar yg aku sempat shoot,ni pun dah time siap kemas2 mlm tu sebelum bertolak balik...


kelihatan anak aku bersama dgn anak kak Imah salah seorangdari 6 adik beradik....

salah seorng anak Kak Imah bersama cucunya.....

Agak lewat juga kitaorg bertolak dari Pekan ni lebih kurang pukul 10 mlm...last sampai kl dekat pukul 2 pagi...mmg penat drive..sempat berhenti kat setiap hentian lagi....seawal pagi mmg aku dah kena kerja..dua hari pulak tu,,ksian wife aku dua hari tinggal kat rumah menunggu aku sebelum kitaorng bertolak balik ke Kedah tuk beraya......nak x nak dia dah biasa kot jadi wife kepada seorng tukang masak..thanks so much....apa balik Kedah?yer la walaupun dah berapa hari raya aku x kira janji boleh balik jumpa mak dan ayah aku pun dah kira cukup.......mmg best juga la aku siap bedal cuti 4 hari tambah pulak dengan Mc 2 hari mmg puas hati aku...hahh tunggu jer mcmana aku beraya ke kat Kedah?shopping kat Pekan Rabu,beli apa hahh just tunggu jer ok...

PS:hari yg mendatang kita tidak akan tahu masih bernafas atau tidak kita,jadi hendaklah sentiasa bersyukur dlm apa jua nikmat yg dikurniakan walau sekecil mana pun...


No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...