tak ada pun cuti just kedai tutup 2 hari so itulah cuti aku time yg betul2 hari raya...Sabtu datang kerja balik satu hari. last2 chef aku msg dia x balik lagi so aku ler kena tunggu hari Ahad tu kerja apa g kena tunggu juga la nak x nak pun,mak dia nak buat kenduri last minute bagai la....ala kat area sana hari2 raya pun kedai dah buka so boleh ler shopping barang untuk masak time kenduri tahlil...
Disebabkan itu jer cuti aku 2 hari apa g tahun ni fikir punya fikir last wife aku bagi idea balik beraya kat TERENGGANU....naaa naaa naaa kita tengok penyu telor,jangan penyu tengok telor aku sudah...1st time beraya kat sana...yer la nak balik KEDAH k dengan cuti yg 2 hari tu?agak-agak ler dengan jalan jam lagi time balik,dahtu balik kerja pun dah pukul 9 lebih,nak jumpa client yg aku shoot wedding haritu nak bagi album lagi...
Pukul 9 dah kelaur dari kedai..cepat2 balik kemas apa yg patut barang aku jer lain semua wife aku dah clearkan ,dia kalau bab2 kemas mmg detail...sempat lagi balik rest,mandi then burn DVD copy gambar yg aku nak bagi client.....pukul 10 keluar agak jam juga la..last jumpa client bagi DVD dengan Wedding Custom Album yg aku dok pulun siapkan masa bulan posa haritu..dekat pukul 12 juga la baru betul2 kluar dari KL.
Kira ok juga la sbb kurang penat ngantuk dan letih mungkin sbb aku makan sikit sangat time berbuka,selalunya mmg ngantu dan penat ler...last lepas masuk Karak highway baru aku berhenti dekat BP mybe sbb lapar kot apa g makan dulu ler....wife aku masakan bekal...Nasi putih,sambal ikan bilis petai,ayam masak kicap,sayur kacang goreng hurmmm apa g bedal jer la....
Boleh tahan aku drive just berhenti kat hentian Temerloh sekejap then terus drive dah dekat pukul 3 lebih baru sampai Kuantan haaa time ni mmg terasa penat...baik punya idea last minute call kawan aku kat SWISS GARDEN HOTEL&SPA nasib sebelahi aku kebetulan dia kerja shift mlm sampai pagi,apa g baik punya kautim kebetulan ada bilik yg guest x datang so dapat ler murah2 check in jer la semata nak rest,relax mandi tdo....nah ambik kau...
hahh tgok sampai jer check in pukul 3 lebih dalama keadaan mmg dah megantuk 1st susu yg dia minta dulu....ingat megantuk dapat susu terus boleh tdo...lain pulak jadinya
hahh ni ler jadinya lepas kenyang minum susu...punya la mengantuk time minum susu siap sapu2 mata lagi..
Murah ker check in sini?agak ler sbb time ni dapat bilik pun kautim ingat kalau harga dia mau dekat 2ratus lebih semalam siap dengan breakfast untuk 2org ler....hotel dia mmg ok ler dekat dengan Pantai Balok...ala check in dah pagi buta nak buat camner....4 Star Hotel
aku awal2 mmg camera dulu ler aku capai shoot gambar anak aku dengan gambar2 apa yg patut...
hurmmmm tdo punya tdo last bangun jer buka sliding door fuhhh mmg cantik dan nyaman suasana tgok pokok2 segar,kebetulan bilik aku mengadap hutan pokok2 besar,lagi best kan kalau dapat yg ngadap pantai,sambil2 kedegaran takbir raya kesayuan dari masjid berdekatan last aku masih kat hotel lagi....nampaknya melepas ler aku nak sembahyg raya tahun ni,rasa sayang juga la sbb buka2 tingkap jer dengar takbir raya...
hah tgok asal bangun jer dengan ipad dia..bertuah budak2 sekarang...
Last dekat pukul 9lebih baru siap turun coffeehouse untuk breakfast...boleh tahan juga la food dia tapi sayang, rasa nak makan tiba2 jadi x berapa nak sedap,mybe sbb selalunya pagi raya asyik pekena lemang x pun ketupat kot last2 kali ni nak ngadap western,malay breakfast,alamatnya makan juga la untuk isi perut...
Siap semuanya aku sekeluarga dok ingat x pernah2 ada gambar time raya hah ni dia kelam kabut aku set camera aku.siap alas dengan beg bagai semata2 nak dapat balance shoot,puas juga la nak pulak dinding rapat nak undur x boleh,kena lens camera pulak 50mm jer nak x nak bedal jer la...
testing shoot..puas juga la dok alas camera,bubuh meja la cawan la......
hurmmmm sekali terpotong la pulak..ni ler akibat xder org nak tolong shoot..
composition dah ok,sekali over expose ler pulak siap blur lagi
hah finally kira ok juga la walaupun ada crop dekat kepala aku sikit........hah ni set baju raya yg tahun lepas..nak jimat disebabkan dok ingat baju masih baru dan elok lagi......
hahh ni super hero aku bukan setakat breakfast jer mcm2 di buatnya....bak kata org sambil menyelam minum air katakan.
Hahh puas juga la aku ni dok kepung dia,mana xnya kehulu ke hilir......ala biasa la budak2 kan aku ni layankan ajer sbb kalau nak suruh diaorg betul2 dudk mana hendaknya kan....
hah tgok mmg betulkan lagi kalau dah jumpa pool mcm ni nak jer dia angkut batu kat luar sana campak2 kat dalam ni puas juga la kena tarik telinga dik aku
Last dalam pukul 12 juga la kita org check out then apa g beraya la mana lagi,tujuan destinasi sebenarnya ke rumah bapa saudara wife aku dekat Kemaman tapi sebelum tu mmg sah2 ler sangkut rata2..
Nak x nak layan raya dulu la tu jer yg boleh buat,jauh k dari Pantai Balok ke Kemaman?best ke? hah nak tahu tunggu jer la kang aku update next blog ok.....so apapun layan ler openhouse korang sambil2 kuatkan diri time2 masuk kerja al maklum la selepas cuti2 panjang ni,makan banyak,best jumpa kawan2,so taaata tiittii tutuuuu
PS: Rezeki halal atau haram dari Allah,cuma jalan yang kita pilih itu dari kita sendiri...samada mahu cari cara halal atau haram....maha adil kan Allah itu halal pun diberi haram pun diberi rezeki olehnya.
No comments:
Post a Comment