Tuesday, October 3, 2017

Yak Yak Yeaayy....Thank You Nuffnang.


 Yak Yak Yeaayy..

Yak Yak Yeaayy..

Aku tanya ni?awat hang seronok sangat?

Mana tak seronok,dapat 2 tiket FREE.Nuffnang belanja pulak tu.

Gila ka, hang ingat ada org nak bagi saja-saja kalau tak ada benda kena buat.

Zaman la mana ada benda FREE dah.Kalau ada pun nasib,susah nak dapat.

Macam selalu,kalau Nuffnang invite nak pi mana atau ada promosi.

Dia email kali ni suruh buat lorat British bagitau kata hang nak tgok
Kingsman The Golden Circle,siap suruh terima kasih dekat 20th Century Fox.

Dalam masa 4 hari dia bagi tempoh hang buat lepas tu pos dekat instagram.

#NuffnangMYKingsman
#KingsmanMY

Buat punya buat 3 4 kali dok try last final post dekat instagram.
Suka-suka saja sekali Lucky Winner kira ok latu.
Sapa nak bagi kalau nak tgok kat panggung pun 2 tiket mau dekat rm30.00 kot la ni.Betui ka?
Tak ramai sangat yg dia hantar email suruh buat.Promot Nuffnang la tu.


Dapat mesej dekat instagram pun dah seronok.
Eleh 2 ticket wayang saja kot.
Bukan pasai ticket rm30 hinggit.
Tapi pasai perasaan cik ooii.
Pasal seronok bukan boleh kira dengan duit.
Kalau tak mana ada org nak terjun bunji Jumping.nak cari nahas ka?
Seronok la tu.


Tudia complimentary pass.Pi tukaq untuk 2 ticket.

Seronok sebab FREE…...

Seronok sebab MENANG…...

Seronok sebab yang bagi tu NUFFNANG…...

Tudia achievement selama dok tulis BLOG.
Selain dari dapat duit.Biar sikit lama-lama berbukit-bukit.

Hmmmm apa lagi cari masa pi tgok saja la.
Dah ajak bini aku,dia siap cakap mana ada masa.
Mau pi hari cuti,mana nak letak Hero dengan Heroin aku?

Hmmmmmmmmm takpa takpa kita cari org dak pun pandai2 aku
adjust bini aku hahahhaa.








Sunday, October 1, 2017

Singgah De Jonker…Part 1.

Pernah  tak kau org kalau  pergi Melaka check in kat sini(SINGGAH DE JONKER)?.Memang dah jadi satu kemestian bagi aku dengan keluarga asal pi Melaka saja sini la tempat aku suka check in.
Berbaloi, tak la mahai sangat berbanding tempat kot lain,tapi memang banyak area Jonker street
yang guesthouse nya memang sempoi dan best.

Dengar kata dah nak tutup operasinya,hmmmm lepas ni takdak lah lagi Singgah De Jonker.
Tapi tempat memang sempoi,bangun pagi lepak kat belakang guesthouse,sarapan sambil
tgok boat lalu kot belakang dengan foreigner dok lalu lalang kot belakang.

Lepas ni kena cari port guesthouse baru la.Selalunya dah jadi kebiasaan check in kat tempat
yang sama.Tak kira berapa kali pi pun tetap selesa dengan tempat yang sama dah.


Bahagaian belakang Guesthouse De Jonker….memang best bangun awal lepak kat belakang sambil         nikmati suasana pagi.    

               Sebahagian Pandangan dalam
                             GuestHouse.

                                                Terdapat buaian di bahagian belakang balkoni..



Anak-anak pun dah selesa lepak sini,luas panjang dari depan ke belakang.Rumah kedai old style
dibina dari zaman dulu kala,hasil seni bina berkuality .
Pagi kalau kauorg rajin boleh la keluar jalan-jalan area sini.Jalan dia memang best bersih,ikot
celah2 kedai sambil nikmati seni bina lama yang dijaga dengan rapi elok oleh owner-owner kedai dan banguan.



Bagi siapa yang suka ambil gambar,Melaka ni memang banyak tempat dan landscape bangunan yang ditinggalkan oleh orang-orang zaman dahulu.Senibina yang unik dipelihara untuk kekalkan sejarah negeri Melaka dan tumpuan utama tarikan pelancong luar.



Kalau nak ambik masa sehari atau pun dua hari memang tak cukup untuk kauorng jalan-jalan dekat Melaka ni, nak pulak kalau pergi dengan family.Banyak juga tempat yang kalau betol kita pergi dan layan suasana senibina dia memang berbaloi.
Naik boat waktu malam menyusuri sungai sambil melihat senibina dan lukisan grafity di setiap bangunan,keindahan Guesthouse,Hotel-hotel kecil dan juga lampu di waktu malam..

Apapun memng banyak pasal Melaka nak cerita.
Tunggu saja next part, setiap kali ke Melaka mesti ada saja tempat yang nak pergi.

                                   





Friday, September 22, 2017

Kerusi Antik Retro...Hobi Atau Minat.

Wowwww dah lama x update blog ni,seingat aku last year bulan 12 tulis lepas tu berhabuk dibuatnya.Jarang2 tulis sebab sekarang dah banyak keluar buat kerja.
Dalam tak rajin menulis sekali tgok nuffnang aku ada juga earning increase setiap bulan walaupun tak banyak dan ada juga org masuk baca.
Hahhh sejak berpindah ke Puncak Alam ni rajin juga aku habiskan masa time hari Sabtu ahad berkebun tak pun layan polishh
barang-barang lama yang aku cari untuk buat restoration.

Mungkin sebabkan area kuala selangor ni banyak juga kedai barang2 lama,barang terpakai
so suka pulak aku bila dapat barang2 yg susah nak cari kat tempat2 biasa ni.
Boleh juga aku slow2 buat restoration.

Barang2 ni time masa aku beli memang dah tgok macam barang buruk
rosak dan memang makan masa untuk baik pulih,so slow2 aku buat
kadang sampai malam masih dok melayan gosok bagi licin.



Kerusi Cusion Kayu Lama.
Beli Rm30.00/3 seater adjust ke 1 seater.Kos restoration 80.00

Sandar Belakang Kayu..Tempat Duduk Wayer Spring.

Armrest yang berbeza dan unik buatanya.


Ini kerusi yang aku mula-mula dapat dekat kedai kayu dan juga tempat kumpul barang berdekatan SgBuloh.
1st jumpa memang buruk rupanya,asal ni 3 tempat duduk tetapi memandangkan ada pasak yg rosak.Mula ingat nak buang,fikir sayang sebabkan bentuk dan armrest dia yang unik,sekali terus potong polish dgn kertas pasir jadikan satu tempat duduk akhirnya berbekalkan ilmu masa tingkatan 5 dulu siap juga restoration kerusi retro/antik aku.
Setiap kali hari cuti memang aku akan terjah kedai barangan terpakai,asal jumpa barang yang aku rasa boleh dok buat restoration slow2 aku mesti bawa balik tapi tgok juga la.Asal boleh letak kat mana2 bahagia ruang rumah dan tak meyemak kira ok la tu.


 Ini barang no dua aku jumpa lepas aku asyik dok ulang cari,kadang banyak barang tapi susah nak cari yang bila hang balik tdo malam dok ingat bertapa seronoknya bila boleh layan buat restoration.
Masa jumpa dulu dah teruk juga,tapak rosak dah ganti baru tu,harga beli rm40.00.Puas gaduh harga
sebab teruk keadaan dia tapi owner kedai cakap barang antik hmmmm nak tak nak aku ambik juga cuci,polish kertas pasir repair sikit dan varnish.Playwood atas kalau nak cari memang dah tak ada jual pattern ni ,itu yg buatkan side table ni rare.

                             Beli Rm 40.00..Restoration kos Rm 60.00 berbaloi dok layan dia.


Selalunya nak tempah Cusion yang paling costing,dari single seater sampai la 3 seater memang costing,nak pulak tambah design yang kita nak.Fabric dan juga ketebalan span  buatkan
benda ni jadi costing.Yang ini aku beli Cusion ready make kat One Utama,tu sebab nampak gap kiri dan kanan Cusion tu.kalau nak tempah kos dia

Rm 60.00 x2 =Rm 120.00 utuk sarung.
Rm 60.00 x2 =Rm 120.00 untuk span.4 inci Tebal.

Total untuk single seat saja rm 240.00 untuk complete cusion.Span ikot ketebalan so harga pun lain.Ini tak kira lagi kalau yg 3 seater hahhh agak kau?.



3seater kerusi kayu ni aku dapat dari kedai dekat Kuala Selangor,memang keadaan teruk dah nampak macam kayu buruk orang nak buang.Dapat diselamat kan tapi spring yang untuk tempat duduk semua dah karat dan agak teruk tu sbb masih kosong.Mungkin boleh ditukar dengan kayu.
Apa yang best sebabkan design dia,armrest dia nampak lama dan retro.
Kos untuk cusion saja total rm760.00 memang mahal tapi berbaloi kalau buat.

gambar hasil google.

Boleh jadikan cusion dari single terus combine macam ni,cantik juga kan dan memang kos untuk Fabric dan span dia siap jahit dan ada design macam ni atau single rm760.00.


Kaki mesin jahit ni aku dapat dari kedai barangan terpakai dan juga kedai yang kumpul apa saja barang yang kaurong xnak dia beli balik.
Macam-macam brand yang kauorg boleh dapat.
Kaki mesin jahit ni tgok juga keadaan dia kalau yang ok boleh cecah rm 150.00 tapi kalau condition yang macam aku ni  tuan kedai nak rm70.00 tapi sebabkan ada sikit tempat yang patah dan aku nak kena welding so gaduh punya gaduh dapat juga rm40.00.Kebiasaanya condition tak berapa nak ok boleh la dapat rm90.00 tanpa ada patah kat mana-mana tempat.




Kaki mesin jahit ni boleh buat kaki untuk Console Table,Kaki Meja Kerja dan macam2 lagi asalkan kauorg ada daya kreativiti masing-masing.Aku bajet nak buat console table tapi tak gerak lagi tulang 4 kerat nak kerjakannya,atas boleh letak cermin atau kayu jati tak pun cari saja mana-mana pintu tinkap kayu yg lama-lama gosok polish varnish untuk letak kat atas dia.

Ada lagi dua tiga barang yang aku tak gerak2 nak buat restoration nanti dah siap aku post.Hope esok lusa ada masa nak tulis lagi blog aku ni jangan sampai bersawang lagi sudah la.
so apapun tunggu saja la…jgn sampai tahun depan baru nak tulis pulak sudah la.
sebenarnya memang banyak benda nak post dan update tapi tu la asal keluar kerja saja dah pukul 6.30pagi balik mlm,alamatnya bongkang pun awal juga la.




PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...