Tuesday, October 3, 2017

Yak Yak Yeaayy....Thank You Nuffnang.


 Yak Yak Yeaayy..

Yak Yak Yeaayy..

Aku tanya ni?awat hang seronok sangat?

Mana tak seronok,dapat 2 tiket FREE.Nuffnang belanja pulak tu.

Gila ka, hang ingat ada org nak bagi saja-saja kalau tak ada benda kena buat.

Zaman la mana ada benda FREE dah.Kalau ada pun nasib,susah nak dapat.

Macam selalu,kalau Nuffnang invite nak pi mana atau ada promosi.

Dia email kali ni suruh buat lorat British bagitau kata hang nak tgok
Kingsman The Golden Circle,siap suruh terima kasih dekat 20th Century Fox.

Dalam masa 4 hari dia bagi tempoh hang buat lepas tu pos dekat instagram.

#NuffnangMYKingsman
#KingsmanMY

Buat punya buat 3 4 kali dok try last final post dekat instagram.
Suka-suka saja sekali Lucky Winner kira ok latu.
Sapa nak bagi kalau nak tgok kat panggung pun 2 tiket mau dekat rm30.00 kot la ni.Betui ka?
Tak ramai sangat yg dia hantar email suruh buat.Promot Nuffnang la tu.


Dapat mesej dekat instagram pun dah seronok.
Eleh 2 ticket wayang saja kot.
Bukan pasai ticket rm30 hinggit.
Tapi pasai perasaan cik ooii.
Pasal seronok bukan boleh kira dengan duit.
Kalau tak mana ada org nak terjun bunji Jumping.nak cari nahas ka?
Seronok la tu.


Tudia complimentary pass.Pi tukaq untuk 2 ticket.

Seronok sebab FREE…...

Seronok sebab MENANG…...

Seronok sebab yang bagi tu NUFFNANG…...

Tudia achievement selama dok tulis BLOG.
Selain dari dapat duit.Biar sikit lama-lama berbukit-bukit.

Hmmmm apa lagi cari masa pi tgok saja la.
Dah ajak bini aku,dia siap cakap mana ada masa.
Mau pi hari cuti,mana nak letak Hero dengan Heroin aku?

Hmmmmmmmmm takpa takpa kita cari org dak pun pandai2 aku
adjust bini aku hahahhaa.








Sunday, October 1, 2017

Singgah De Jonker…Part 1.

Pernah  tak kau org kalau  pergi Melaka check in kat sini(SINGGAH DE JONKER)?.Memang dah jadi satu kemestian bagi aku dengan keluarga asal pi Melaka saja sini la tempat aku suka check in.
Berbaloi, tak la mahai sangat berbanding tempat kot lain,tapi memang banyak area Jonker street
yang guesthouse nya memang sempoi dan best.

Dengar kata dah nak tutup operasinya,hmmmm lepas ni takdak lah lagi Singgah De Jonker.
Tapi tempat memang sempoi,bangun pagi lepak kat belakang guesthouse,sarapan sambil
tgok boat lalu kot belakang dengan foreigner dok lalu lalang kot belakang.

Lepas ni kena cari port guesthouse baru la.Selalunya dah jadi kebiasaan check in kat tempat
yang sama.Tak kira berapa kali pi pun tetap selesa dengan tempat yang sama dah.


Bahagaian belakang Guesthouse De Jonker….memang best bangun awal lepak kat belakang sambil         nikmati suasana pagi.    

               Sebahagian Pandangan dalam
                             GuestHouse.

                                                Terdapat buaian di bahagian belakang balkoni..



Anak-anak pun dah selesa lepak sini,luas panjang dari depan ke belakang.Rumah kedai old style
dibina dari zaman dulu kala,hasil seni bina berkuality .
Pagi kalau kauorg rajin boleh la keluar jalan-jalan area sini.Jalan dia memang best bersih,ikot
celah2 kedai sambil nikmati seni bina lama yang dijaga dengan rapi elok oleh owner-owner kedai dan banguan.



Bagi siapa yang suka ambil gambar,Melaka ni memang banyak tempat dan landscape bangunan yang ditinggalkan oleh orang-orang zaman dahulu.Senibina yang unik dipelihara untuk kekalkan sejarah negeri Melaka dan tumpuan utama tarikan pelancong luar.



Kalau nak ambik masa sehari atau pun dua hari memang tak cukup untuk kauorng jalan-jalan dekat Melaka ni, nak pulak kalau pergi dengan family.Banyak juga tempat yang kalau betol kita pergi dan layan suasana senibina dia memang berbaloi.
Naik boat waktu malam menyusuri sungai sambil melihat senibina dan lukisan grafity di setiap bangunan,keindahan Guesthouse,Hotel-hotel kecil dan juga lampu di waktu malam..

Apapun memng banyak pasal Melaka nak cerita.
Tunggu saja next part, setiap kali ke Melaka mesti ada saja tempat yang nak pergi.

                                   





PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...