Monday, March 25, 2019

KEM SG PAUH CAMPING SITE.. CAMERON HIGHLAND II

hurmm sudah semuanya kuca lembe dibuatnya gara2 nama tak ada dalam list time nak masuk camping site ni.
Time sampai tu aku memang buat selambe malas nak cara sbb aku harapkan teman2 lain yg uruskan kan,tambah pulak aku jenis cepat panas susah nak deal yer la kita booking sampai 3 org register hantar email berkali2 last sangkut satu saja email yg bagitau kata berjaya last2 sampai nama tak ada,kau rasa?itu pun kawan2 yg turun tu pun lain macam dah anginya cuma x meletop jer.

Last settle semua dapat juga tapak,itupun dah ada lagi org yg dapat tapak sama dengan kitaorg so nak xnak ambik yg mana boleh saja la,itu yg dapat kat tepi teping teres tu,tepi tali air lastly bagus juga sbb last sekali.
Tak payah kelam kabut dengan org,nak pulak time tu ada budak2 sekolah champing.






So anyway setup juga khemah walaupun kena kat tepi tebing teres,dah ler tu senget memang sah2 tdor malam mengelongsor.
Siap set up khemas time ni la geng wife2 keluar cari sayuran segar untuk styeamboat dan bbq.
Jaga time ni kalau cuti sekolah kena la ngadap jem,kalau time pergi ni gaji dah keluar jaga2 juga nanti ada yg membeli mcm geng yg keluar time pergi ni,ntah apa yg diaorg shopping sampai rm300 hinggit,ni kalau makan mau berak keluar sayur.

Petang set up bbq.so make sure kaurong bawa siap
-Bbq set.
-Arang.
-Dapur yg single tok steamboat,sini jangan nak ngada buat unggun api sangat lah melainkan dekat dapur yg diaorg sediakan.

Dua hari satu mlm rasa kejap saja dan berbaloi la sbb tempat camping dia charge pun tak mahal.

bayaran masuk.
-Dewasan rm4.00 seorang.
-Bayaran camping rm10.00 by tapak ke perhead pun aku dah lupa hahahhaha.
total plus minus rm150. 4 family 4 tapak.




Sini time malam dengan pagi esoknya memang sejuk,so make sur prepare sleeping bag,sweater dan baju lebih kalau yg bawa anak2 tu..

Bagi yg jenis bawa anak kecil dan dok risau time camping ni pasal nak mandi dan lain-lainya jangan risau sebab kemudahan sini lengkap dah selesa.

-Toilet.
-Surau.
-Bilik Mandi.
-Plug Point
-Pondok
-Tempat basuh pinggan

semua ni ada disediakan kan dan mudah sangat berdekatan,kawasan camping site pun berpagar sekeliling .

Mermang berbaloi camping sini sbb senang,kemudahan ok,cuaca sejuk.Senang untuk budak2 sbb tak panas hope datang lagi lepas ni.







Just pergi try sendiri,experience camping macamana.Tapi for sure sini mesti ok.cuma prepare apa yg patot rasai sendiri pengalaman.
Macam2 aktiviti yg boleh buat tapi tak mau cerita banyak2,baik hanqpa pi try sendiri baru ada feel lagutu hehehhe.

1 comment:

sakurAZZ said...

Macam mana nk booking? Ada contact number x?

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...