Friday, March 22, 2019

KEM SG PAUH CAMPING SITE...CAMERON HIGHLAND I

assalamualaikum.

hurmm lama tak berblog,harini kemas sikit apa yang patot,Kebetulan terfikir nak share pasal aku punya family day out kali ini.
Special sikit kali ini dan memang tak terfikir nak bawa family kalau g camping.
Biasa la,kalau fikir pasal camping terus bajet panas,melekit,tak selesa dan macam lagi,so kesian kat anak2 nak ngadap ni semua.Jangan kata depa kalau aku pun main dengan panas ni pun pernah rasa separuh nyawa ditarik sbb lately dah rasa macam ada semput so keadaan tu kena ambil kira juga.

Nak jadi cerita last minute plan g camping ,Hurmmm last minute wey macam2 nak kena prepare juga tu,dapor,khemah dan apa yg patot bila camping la.Sekali redah dan siap apa yg patot pinjam kat mana yg boleh habuan nak experience camping dengan family.


Kem Site Sg Pauh Cameron Highland.



Bajet dan plan last2 dapat tempat yg nak camping,tapi sebelom tu mcm2 aku bayangkan dan fikir semuanya memang yg xleh nak cakap la melainkan hang rasa sendiri.

Kem Site Sg Pauh Cameron Highland.Yup last decision sbb ingat dia punya dekat dengan jalan dan kemudahan senang untuk anak2,lain la kalau hang pi sorang atau pun dengan geng2 yg kaki hiking dan camping.Hurmmm kat kepala ni dok pikiaq macamana nak layan ni dengan panas tidoq dalam khemah.

Nak jadi cerita hari kejadian kami pun gerak dari Kuala Selangor drive ke Tapah kurang lebih dekat 2 jam sampai Bidor ,layan mee kari dulu lebih kurang lepas tu gerak ke Tapah.

Ikot tapah sbb apa?.

-Jalan sempit boleh slow drive dan enjoy.
-Boleh slow2 tunjuk life org asli dekat anak2.
-Elak jalan Simpang Pulai sbb jalan besar,kereta laju2 dan jauh sedikit.

Dah sampai Sg Pauh ,nak jadi cerita tak boleh masuk sbb nama tak ada dlm list tapi ada email yang kami dapat kata dah approve kitaorg punya booking.
Puas deal dan tunggu juga dekat 2 jam at the end nak x nak dapat tempat tak seperti yg nak, tapi at least ada juga janji datang dari jauh tak sia2.



                         Gigih menunggu alang2 dah sampai,mula2 bajet nak pi tempat lain juga.


                           Sambil2 menunggu gigih aku cari angle yg sesuai untuk gambaq aku






Bedal set up khemah,ada yg kena tempat macam tepi tebing bukit mau tak tdo malamnya mengelongsor hahaha sedar2 duduk hujung kaki dah anak2 aku.Layan kan juga.

Set up khemah kena site

-Hujung sekali
-Tepi tali air
-Tgok tempat memang tak strategik
-Redokan jer lah

Last baru tau hujung ni mudah sbb x ganggu org bila ada geng dok mengilai2 waktu malam,mudah nak mandi,main tali air basah-basahan,riuh rendah.

macam2 jadi sampai nak boleh Camping ni hurmmm kalau nak tau tunggu aku update next blog hahahahaha.ni pun gigih perah otak nak tulis.


No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...