Thursday, June 18, 2015

Happy Holiday...Percutian x Di Rancang Part II

Hahhh haritu alang2 balik Kuantan lepak seharian kat rumah Juju 1st day then kitaorg ke pekan tu yg boleh terjebak masuk muzium dekat Pekan,last bila dah masuk last day nak balik ada hati kitaorg nak ronda2 dulu,sekali anak lelaki aku teringin nak mandi pantai katanya nak main pasir bagai,mana xnya pandai kitaorg dok layan jalan area Pantai Batu Hitam,sekali dok ingat kalau nak bagi diaorg main pantai dulu lepas mandi semua baru nak gerak balik tahu2 saja la aku nak drive penat ler jawabnya.

Sekali fikir ada baik nya kalau check in hotel boleh juga rest lepas penat mandi manda bagai....sekali ronda punya ronda cari hotel puas juga ler kita org cari mana tak nya musim cuti sekolah kot kebanyakkan hotel fully book la jawabny.last2 ada juga kitaorg dapat chalet dekat pantai balok. boleh ler dari xder langsung..x murah x mahal..sbb bajet mula nak check in Swiss Garden Resort sekali masih penuh..inilah saja habuan kitaorg tapi best juga...

Chalet yg x seberapa mahal tapi suasana sekeliling kira ok la daripada xder langsung tempat nak check in....


Chalet betul2 tepi pantai...mmg senang la lepas mandi pantai jer boleh terus masuk xyah nak protokol nak salin pakaian dulu...tgok pekerja siap dapat curi2 online lagi kat belakang chalet.

hah siap ada gazebo lagi boleh lepak2 lepas mandi atau lepak time mlm.



Banyak aktiviti dapat buat time petang mandi pantai semestinya,siap ada swimming pool bagi siapa yg malas nak mandi laut.


Beriadah di waktu petang...kalau bagi yg nak buat Family gathering tu  dekat sini ada disediakn kemudahan yg memang ok ..




Hah dah lepas mandi laut nak lagi terjun swimming pool..tu la sapa lagi anak lelaki aku,nak jadi cerita balik dari pantai basuh kaki dulu time ni wife aku dgn anak perempuan dah sibok nak masuk bilik,hahh ni anak jantan aku punya la laju dia nak basuh kaki sbb nak cepat2 masuk kolam ,sekali dah siap aku pulak basuh kaki dia punya la laju terus pergi terjun dalam kolam apa lagi terus ke bawah la,terjun pulak kolam org dewasa confident gila dia...mana x nya kolam ada 3,satu dewasa,satu budak2 yg mmg dah boleh berenang kira yg anak aku ni kanak2 lagi ,ai kering darah aku di buatnya nasib baik aku pusing sempat nampak dia,kebetulan sebelah tu ada foriengner juga yg cuba tolong dia...fuhhhh mana x wey anak kot....berderau darah aku.

Bar milik Foreingner...petang2 memang penuh org lepak sini.

Selain aktiviti ni semua,kauorg boleh berjalan2 sekeliling kawasan atau pun sepanjang pantai tgok aktiviti pantai nak lagi musim cuti sekolah memang penuh la org kat area pantai ni...




Kalau nak makan malam just keluar dekat area jalan berdekatan memang berderet restaurant seafood yg bagus2 dan banyak pilihan,ikan dan hasil laut yg segar2..

Dua hari satu malam kira x berapa nak puas la tapi nak buat macamana,nak check in pun x rancang nak xnak kena drive balik KL,anak2 memang happy la diaorng ni,hahhh itu yg betulnya asalkan anak2 happy dah kira ok ler...x penting berapa hari kau pergi bercuti.

tgok bangun tdo jer dah excited nak g mandi pantai...


 Time nak bertolak balik mmg happy diaorg ni walaupun sedikit kepenatan....




 Anak lelaki aku dengan gaya dia bila hati dah betol2 seronok ..tu la anak2 janji boleh main jer   hurmmm apapun dah x ingat.

Drive balik memang jem la tapi aku ambik keputusan ikot jalan bawah..memang seronok sekali sekala lalu kawasan kampung,berhenti pump minyak dlm kawasan kampung.drive slow sambil layan permandangan yg mana x pernah tgok..last naik tol dekat Bentong mmg kena la nak sampai tol Gombak drive 4 jam kebas buntut2 weh....

Apapun kadang2 g bercuti main redah jer best juga xyah nak ingat nak bawa yg itu yg ini dan plan macam2,janji happy...









No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...