Tuesday, June 16, 2015

Kula Cakes by LilaWadi....

Kula Cakes?dah banyak kali aku lalu sini  tiap kali g Kuantan tapi kali ni terdetik nak singgah sebab tertarik dengan konsep dia,kecik,cantik, kalau mlm mmg ramai remaja lepak sini.suasana mmg ok rest relax jer sambil lepak minum dengan kawan2.Hang out place yg mana salah satu jadi tumpuan selain Lila Wadi restauran kat tepi jalan on the way pergi Pantai Telok Chempedak,sebelah kanan.

Apa yg best makanan dan minuman sini?so far best seller cake  dia,Manggo cheese cakes dia mmg famous dan sedap,minuman pun x banyak pilihan mungkin sebab Cafe dia yg kecil dan cute,focus pada cake sahaja..so simple org datang sbb cakes,tempt lepak yg best,design,famous dan selesa..




hah ni bangunan lama sebelah dia dah roboh,so dah x berbumbung diaorg jadikan open space untuk customer yg mana suka open air lebih kurang mamak la minum the tarik berbumbungkan langit open air gitu tapi yg ni mmg design cantik ler kawasan dia



Antara interior yg ada dekat luar dan dlam,sebelah kiri basikal interior luar dan sebelah kana interior sebelah dalam kedai..

Best seller MANGGO CHEESE CAKE...


Friendly staff,good customer service.

Another choice of cake PAVLOVA and many more...check from outlet are on tis website
https://instagram.com/kulacakes/
https://www.facebook.com/pages/Kula-Cakes/263637486982707
https://maps.google.com/maps?...kula+cakes...kula+cakes...

Pandan Cooler drink...should try...
Hahhh mana yg x suka lepak dalam tu boleh lepak dekat luar tapi bila dah petang atau malam sikit ler...boleh k kalau tengahari?boleh jer sambil lepak hitamkan kulit sikit.


hahhh enjoy Mak Boboyot dengan anak2 layan cake,sedap katanya...

So kalau kauorg pergi area kuantan sana mmeng kena try cake dia,kalau dah nak lebih seronok lagi try pergi Lila Wadi area nak pergi pantai Telok Chempedak Sana mmg always fullhouse...


Saja jer kadang kalau g holiday ni kena juga layang jalan2 dan makan tempat yg mmg jadi tumpuan org bukan apa boleh juga kita tahu dan suggest kat member2 kalau diaorg pergi ke sana tu jer...apapun sekolah dah habis cuti ni Ramadhan dah nak datang anyway selamat berpuasa kepada semua member2 ,penuhi bulan ini dengan berbanyak muhasabah diri dan beribadat bukan dengan banyakkan jalan2 cari makan..

see next time....







Thursday, June 11, 2015

Hari Sukan anakku....

hurmmmm hari sukan anak aku buat 1st time sejak pindah rumah...biasa la dia excited lebih aku pun nak x nak mmg kena pergi lagipun mana boleh xnak pergi...x adil kalau x pergi rasanya itu hak diaorg, sebagai ibubapa kita kena kerja keras dan tunaikan hak diaorg dan apa yg patot diaorg dapat....xkan nak bagi ikot macam kita lain la dulu2 zaman serba serbi susah nak dapat dan mahal...sekarang perlu kerja keras jer...

Hari sukan selalunya family pun terjebak sekali mana x budak2 nak x nak mmg parent kena teman kannnn..
buat kat mana?putrajaya kat kawasan kejiranan Presint 16 siap ada padang dan mmg kawasan untuk aktiviti bersukan pun...awal pagi dah siap bangun,mana x awal si abg ni sanggup tdo awal bangun awal excited nak g bersukan punya pasal...

Nak jadi cerita tadika baru  buka cawangan dekat kawasan rumah aku jer so budak2 pun x ramai sangat al maklum ler cawagan baru ..sekali seminggu sebelum  hari sukan siap jumpa parent2 yg lain tanya diaorg nak join k x,ada yg cakap fikir dulu,ada yg mmg xnak pergi,dok fikir nanti sorang la anak aku xder kawan,sah2 datang jer hari sukan mmg xder sorang pun yg datang dari cawagan aku ,hahhhh punggah nak tau apa jadi?


Tgok muka punya la masam,mana tidaknya xder kawan2 yg datang dah tu sorang,nasib baik ditemani adik dia yg mmg havoc habis....tapi biasa la permulaan nak dapat kawan


Sedih jer tgok muka alahai anakku....sekali dengan aku hati pun sedih jer tgok muka dia..........Macam biasa adik ok jer asalkan ada bag dia,si abg waktu apapun xnak ajak sarapan pun macam nak makan xnak makan jer.nasib baik juga la semua breakfast dah disediakan,paksa juga dia makan hah bab makan adik dia mmg no1


hahhh ni dia si Adik yg mmg happy selalu x kisah la kat mana kalau dah datang mood dia hurmmm mmg x larat nak layan dia,makan kuat serba serbi kuat.......


alahai  nasib baik cikgu dia datang, Cikgu kesayanngan dia ..nak pi make up prepare apa yg patot ler tu........Cikgu yg mmg banyak ngajar dia benda2 yg kadang diam2 balik rumah jer dia dah tunjukkan sesuatu yg baru....


wow....hah ni dia la apa yg Cikgu dia dan Pengetua tadika buat untuk Cawangan dari Puncak Alam dan Bandar Saujana Sg Buloh....yang mewakili rumah KUNING.


hahhh tu dia tudia rumah kuning punya kata2 azimat........


hah ada empat pasukan semuanya..dari Bangi,Batu Caves,Sg Buloh,Kajang,Melawati....yg mana mewakili rumah masing2,Biru,Merah,Hijau dan Kuning..



Excersice lebih kurang sebelom start bersukan,ala biasa la sukan kanak2 mana nak banyak sangat benda yg heavynya just untuk suka2 dan bagi budak beriadah dan pupuk semangat setia kawan kenal org x malu2 ,bagus juga sebenarnya semua ni nak2 xnak ada juga benda yg diaorg ingat dan seronok bila dah habis bersukan nanti...Sepak Penalti,cari stokin yg sama color dan Design,masuk kan bunga dlm lubang yg dah di sediakan, cari guli2, masukkan tali dlm straw..

alamak dah macam belajar Tai Chi aku tgok.......


agak2nya ni penangan dari class Taekwando yg aku hantar kot.....tapi xper apapun yg penting proses pembelajaran dan kecerdasan otak yg penting....



hurm dekat pukul 12 tengahari juga la semua game nak habis...yg best ni kalau hari bersukan macamni kita parent ni mmg excited bagi sokongan dan berharap yg terbaik,walaupun just sukan untuk tadika tapi nanti balik cerita dan sembang balik dgn anak2 tu yg buat kita happy...


Paling bestnya hahhh Rumah Kuning mmg banyak kali menang tu yg buat puas hati tu,walaupun tahun ni xder hadiah yg di sediakan untuk setiap pemenang bagi tempat pertama sampai tempat ketiga...puas hati bersoarak untuk anak2,anak happy tu jer yg penting bila jadi parent ni.



hah dapat hadiah setiap sorang..x kira menang atau kalah yg penting semangat kesukanan yg diterapkan oleh Cikgu2.


score board untuk setiap peringkat umur dan kalah menang dan jenis2 permainan..



sekali tengok si Adik dia pun excited nak bersukan macam abg dia juga...


Macam biasa ,sentiasa pastikan minum sebanyak mungkin air ,lagi2 dalam cuaca yg panas..hahhhh nak juga aku interframe al maklum la bukanya selalu pun.hah tudia macam ni ler gelagat dia,minum2 nanti bedesup dia lari pergi main,budak2 kejap jer sementara dia nak panas n kenal kawan2,bila dah kenal diaorg mmg x kisah dah janji boleh main sama2, macam biasa banyak gambar dari cerita kalau aku menulis ni hope suatu hari nanti org lebih suka membaca sambil2 dok layan gambar yg mmg x seberapa ni..................















Wednesday, May 27, 2015

Muzium Diraja Pekan...Just Jalan-Jalan..#x bajet

Fuhhh lama dah tak menulis hampir setahun lebih...sekali buka pageview boleh tahan...traffic blog ok juga..$$$$ pun bertambah walaupun x banyak..lama tak menulis  sbb kalau dulu sebelum tdo boleh menulis kejap,tapi lepas rumah kena pecah semua hilang so jadi slow balik nak menulis..mana xnya laptop dia sebat...siout punya peyamun.
 ni pun otak beku x tahu nak tulis apa,kalau ikotkan mmg banyak cerita tapi hurmmm faham jer la dah pindah tempat baru,xder stremyx,broadband slow,tinggal pendalaman sikit.oppssss janji rumah sendiri....aku duduk jauh kau yg susah...

Hahh ni biasa la awal bulan 5 cuti bukan main banyak,4 hari kot Holiday satu malaya..mana pi?mmg pi jalan tapi last minute dgn x plan lagi main redah ja..Kuantan nu,Pekan,Pantai balok...biasa bajet raya x balik area pantai timur tu yg awal2 ke arah sana....bini aku nak meletop mai pulak dah no 3...

Tdo bajet jer..mana lagi nasib baik bini aku ada Bff si JUJU..rumah dia la belasah tdo,lagipun anak2 kami sama baya ja
seharian lepak sana dari malam tdo sana bangun awal pagi sarapan sampai petang kat rumah Juju jer lepak sana,nak jalan mana anak2 punya seronok dok main2,kitaorg pulak lepas makan,makan...

2nd day ...hah ni mmg tempat kebiasaan kitaorg balik mana lagi kalau x rumah sepupu bini aku kat Pekan...sepupu dah lebih kurang sama umur dengan ayah dia,anak2 dah jadi kawan bukan panggil makcik lagi dah tapi panggil KAK LONG..mak oiii perasan muda la dia.

ni bajet nak g pasar sekali lalu depan muzium,mmg terjebak la,anak nampak KAPAI TERBANG BOSA mau x dia ajak berhenti tgok...sudah sekali kena masuk muzium pulak..
best ka?apa ada?seumur hidup ni yg pertama masuk muzium..

  Kapal Terbang punya la besar...mana la budak2 x tertarik nak ajak berhenti.....

Kedudukan Muzium berdekatan dengan jalan utama....mana x lalu jer depan tu mmg ada padang dengan ramai org mmg daya tarikkan untuk anak2 la....

siap ada kuda kayu kat padang....Kayu yg mana tidak di ukir tapi di susun menjadi seni...



 tgok..mmg suka sangat diorg berdua ni kalau bab bawa g jalan2....pakaian xyah cakap ler sbb bajet nak g pasar jer mulanya.

Best ker muzium ni?x best tapi mmg mafaatnya banyak,knowledge sangat2 yg mana kita sendiri x pernah tahu tgok atau baca...mcm biasa selalunya tempat2 mcm ni tidak dibenarkan ambik gambar....
apa ada kat dalam?muzium org asli dan asal usulnya,alat2 adat istiadat diraja,keris dan jenis nya,tombak dan pelbagai lagi yg mana bersangkut paut dgn kehidupan harian tahunan atau sukan diraja...

cuba try sekali mmg x rugi,just bayar tiket rm below then 10.ringgit.

 tgok macamana kreatif,bila kayu yg dah dibuang dijadikan hasil seni..

                      boleh tahan juga dua beradik ni kalau tahu aku nak ambik gambar diaorg..

                            siap posing kat atas kereta bomba antik..



                kelihatan seorang warga tua mengayuh basikal melintasi Muzium..kadang2 kawasan seperti ni mendatangkan ketenangan dan memori suatu tika dulu...

      sekali tgok mmg anak aku ni dari segi pakaian mmg x bajet nak singgah sini...dalam pada itu ada juga ada org yg pandang,tapi biasa la kitaorg mmg local pun ...
mak aii banyak gamabr aku sekali tulis blog..mmg banyak pun sbb mmg aku suka ambik gambar tapi dlam bab menulis ni x pandai sangat,asalkan kauorg faham dan enjoy nak baca ok jer...kalau nak ikot mmg banyak nak tulis dan cerita,ni pun banyak lagi nak sambung nanti just tunggu ja...
..
coming soon

Friday, November 1, 2013

Minggu,Bulan yang baru....

Hurmmm x tahu mcmana nak cakap ler...dah masuk NOVEMBER so bulan ni bulan baru dlm calender hidup aku,apa yg best?xder apa sangat pun just harap semuannya menjadi dengan Plan baru dalam hidup aku.dlm bulan2 yg lepas ni sejak rumah kena masuk dek abg pencuri,aku dah jadi slow update blog ,bukan apa laptop x ada ni pun pinjam yg wife sekejap...tututuutu bukan yg wife,kepunyaan syarikatnya tu yg malas sikit nak kerap guna...hah project xder apa sangat pun just cari something dan belajar ilmu untuk photography aku tu jer....hope soon lagi baik cara aku shoot dan gambar aku tu jer....hahhh dlm2 xder wedding tuk shoot apa g anak aku ler jadi subject untuk aku belajar....hah ni ler hasil2nya yg dapat aku shoot...Wedding,Family Potraits,Kids Potraits mmg aku suka so hope tahun ni banyak yg dapat aku belajar...layan dulu...
 
 


 
 
 
hahhh di sebabkan kadang2 laptop ni biol so ini jer gambar yang dapat aku upload tok kali ni...
agak mencabarkan juga la nak ambik post2 anak aku ni Amani Izara 8 bulan...puas juga la 3 4 kali dok acah dia suruh dia duduk elok2 tapi biasa la budak2 kena ada umpan dia juga nak bagi dia cool hehhhhh hah ini la apa yg dipanggil ilmu sbb kadang2 kalau kita x cuba x tahu caranya kalau sekadar baca x amal susah la nak dapat....hahhh apapun layan gambar2 ni kalau kauorg nak tgok lagi banyak kena g lama muka buku Zm Gallerie Photography..aku punya..hah kalau mana yg ada atau teringin nak shoot potraits anak2,family potraits atau wedding boleh jer email ka.korie01272@gmail.com......
 
 


hahhhh gambar2 ni sepatutnya semua boleh besarkan,tapi disebabkan laptop dah bengong so semuanya gambar2 nampak kecik dan cute jer......so hentam jer la labu....

Ps:setiap sesuatu yang terjadi adalah ketetntuannya dan pasti ada hikmah disebaliknya.....




 

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...