Hmmmm balik kampung part II pulak katanya,jgn dok tanya pasai apa na,sendiri mau ingat la aku bukannya budak IT tangan boleh laju kalo dok tekan button kat keyboard tu,dok merangkak ja kalo nak taip satu2 ayat,agak2 hangpa la cuba berhenti sat dok baca ni pikiaq mcmana aku boleh taip banyak mcmna sambil dok cari abjad a sampai z.tu sbb aku buat sambungan cerita ini,hangpa nak baca pun xpa,xnak baca pun rajin2 kan lah baca sbb seingat aku kalo selalu tgok carta Pageview tu kadang2 boleh senyum juga tapi x tau la depa baca ka dak blog ni.ambil kesempatan atas kelajuan yg amat sgt wifi kat LOST WORLD HOTEL TAMBUN ni so apa g update la part II walaupun semalam sampai malam buta pagi dok taip nak update part I, Sambil2 duduk kat tepi tingkap layan update....best juga kat sini,hah kalo nak tau mcmana aku boleh tersesat mai Lost World ni kena ikot la sampai part last ,x banyak pun ingat sampai part 4 jer hehehheheheh.
hah best kan pagi2 dah bangun lepak tepi tingkap sambil hirup udara segar....sementara nak
layan breakfast sekejap lagi.
cantikan dgn lighting pagi2 dok tepi tingkap cuci mata,ni asyik dok layan jam,batu bata
sekali sekala kita bagi otak Fresh.....
tgok fresh kan permandangan dari tingkap bilik hotel ni........kalau kat kl depan rumah jer
jalan xpun silap2 jentolak dok korek parit.......x pun bus metro,bus yang paling buruk abad ini.
Balik kampung macam biasa ler x banyak sgt aktiviti yang nak buat,tapi syok sbb anak2 mmg happy jer tempat baru,luas,udara segar,x mcm KL ,duduk rumah pun pintu pagar kena kunci,ruang x banyak,kalau balik kampung tahu jer la budak2 katakan,sana sini dia teroka habis.
hah tgok tu..sat lagi banyak lagi yang keluaq.....maaf no kalo gambaq x
memuaskan pandangan mata anda,apa yg aku shoot itulah yg kluaq,malas
edit dah
Asal usul aku pun bukan dari org senang kaya raya,sawah padi kebun getah dah jadi kebiasaan dalam hidup aku,x tau la kalo org lain tu,darjah 4 dah start menoreh getah,asal jumaat,sabtu cuti sekolah ja motong getah(bahasa org utara).Nak beli gerek(basikal) punya pasai sanggup kumpul duit sampai darjah 6,ingat kalo cakap sekarang rasa mcm x mahai pun 160.00 ja tapi besaq tu time tu tahun 87 kot kalo x salah,
hah ni lah hasil titik peluh ayah aku selama berpuluh tahun......la ni gaji kita yg 6 7 ribu sebulan
pun dia potong tang corner jer....dasyat kat menoreh getah la ni,tapi nak betoi2 banyak la 5 6
hektar,pekerja pun 6 org hah kira tgok sendiri
sekilo Rm 4.50 x 200 kilo =rm 900.00 dalam masa 3 hari jer menoreh dah dapat dekat seribu per
gi kebn pukul 7 atau 8 pagi,pukul 10 atau 11 dah boleh balik,xder parking fee,traffic jam,tol,mi
nyak motor jer....pendapatan bersih tu.......dasyat,kau ada?
tong-tong racun yang habis digunakan dan di kumpul untuk kegunaan mengisi racun....
sistem tadahan air cara lama untuk kegunaan meracun,cuci tangan dan sebagainya,kalo nak minum
pun boleh,akibat tanggung sendiri la..........
Hasil dari menoreh getah lah ayah dan mak aku besarkan anak2 dia sampai sekarang k generasi yang keempat..dasyat x? anak 8 org,cucu 28 org,cicit dah nak masuk 7 org.
Dulu seingat aku mmg xder eletrik zaman aku dah tu pakai pelita minyak tanah jer,krja sekolah baca buku dok bersembang semua bertemankan pelita minyak tanah,kadang2 tu penuh arang dalam lubang hidung x pun buku sekolah hitam.Tv xyah cakap ler rupa pun x tahu,last2 ada elektrik nak masuk jer kena bayar 300 hinggit banyak oo time tu,beli tv siap ada penutup mcm sliding door lagi makin upgrade last tv mcmtu boleh buat sarang burung dgn reban ayam.
Bila kenang semua ni tu sbb aku nak anak aku merasa mcmana susah suatu masa dahulu,kotor di bendang,bau kebun getah dan insyallah aku x kan lupa ajar dia tentang kehidupan kampung dimana asal usul keturunan aku membesar...
suka kalo dapat main tepi sawah becak kotor belemuih pun x kisah dah
kerja dia kutip batu kasaran kat tepi rumah campak dalam bendang
punya la suka kalo baling batu masuk dalam bendang,tgok air mercik hahahhahahah benda baru
katanya.....
hah tgok dah jatuh....baru tau kotor,belemuih macamana...time ni kaki tgn xyah cakap la semua calar.dah xtau nak bangun sendiri baru tau nak teriak(menangis).........
Pelajaran pertama kat kampung....
hasil dari pelajaran pertama....hadiah:Pacat yang kekeyangan di celah kankang
Rutin aku kat kampung lepas solat subuh jer terus keluar beli sarapan nak tunggu mak aku masak xder la sbb dia pun dah berumur,kalao ayah aku sihat dia ler kluar beli selalunya,sekarang sakit bengkak pundi kencing penat sikit la,pasang wayar untuk kencing,tapi dah buang ler,time tdo malam mmg sakit,yer la tdo kot air kencing dok makin banyak,kalo siang boleh ulang alik g tandas...
lain pada tu galas camera aku pusing kampung..shoot suka2
bunga-bunga liar yang segar tumbuh di tepi2 jalan
Pemandangan sebelum terbit matahari pagi
Selain kerja buat aku tiap pagi mcmni ada ler kadang tu drive g pekan Pendang,pi beli ikan,ulam2 walaupun dah ada penuh dalam petisejuk,saja gedik nak keluar jalan2.Bukan apa nak jalan suka2 x boleh sgt sbb pukul 10 kena start masak untu mkan tengahari dah,mak aku pukul 11 dah kena makan,xleh makan lewat2 kalo x jadi macam Muhammad Ali,terketar2 dibuatnya.Balik kampung ni bukan nak buat apa sangat pun,dapat jumpa mak ayah itu yang terbaik....lain pada tu kalo hangpa nak tau juga just tunggu part III cerita aku ni noh......