Wednesday, August 12, 2015

Rumput Mutiara.....Project Hari Minggu

Project hari minggu?aahhh project hari minggu dimana memang just untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja aku buat kerja ni..kerja apa tu?ala ada ler sikit2 kerja yg aku dgn partner aku  buat just untuk duit pocket daripada duduk saja dekat rumah....

Project ni kitaorng pun x sangka dengan cakap main2 sekali owner rumah ok jer,apa lagi tunggu, org nak bagi duit kau just buat jer kerja kau.....Project tanam rumput hari minggu.

Pagi dah keluar awal2 pergi Nursery cari bahan untuk project kitaorng ni ala project kecilan tapi menyeronokkan...nampaknya seharian juga la daripada asal punya plan bajet sekejap saja nak pergi cari pokok2 dan rumput...seminggu sebelum dah plan dan list apa yg nak beli dan apa yg nak dibuat.

Awal dah keluar bajet nak balik awal.
Sekali nak cecah pukul 2 juga balik rumah.
Sekali pergi x sah kalau x beli pokok hiasan untuk laman sendiri.
Rest sekejap pukul 5 baru kitaorng mula....


 Suasana terbentang luas,sini memang tempat tanaman rumput secara besaran,Rumput Mutiara,Rumput Philipphine ,Rumput jepun dan juga Cow Grass..selain sini banyak lagi tempat pilihan lain....lokasi area Sg Buloh Selangor..
Hahhh memang seronok kalau sekali sekala turun kat tempat2 macam ni......kelihatan Asraf,partner aku dalam Project Hari Minggu..bergembira,enjoy bila tahu aku nak shoot gambar dia...
Wowwww berkupiah bagai......pagi sebelum jejak kaki ke kawasan tanaman rumput sempat melawat sahabat aku yg meninggal dan terus ke kawasan perkuburan sekali....
Selalunya pemilihan rumput hendaklah yg memenuhi kehendak kitaorg so apa lagi segenap penjuru kawasan tanaman kita org mundar mandir....

Selalunya harga rumput boleh menjadi lebih murah jika dibeli dalam kuantiti yg banyak...

Hahhhh ni dah kebiasaan kami...bak kata org sambil berenang minum air...singgah sebentar dekat nursery tgok apa yg patot...opppss bukan sekadar tgok sah2 mesti terbeli sesuatu...

Ting tong ting tong last2 pukul 2 baru sampai rumah,mana xnya singgah kat tempat lain dulu....sambil terbeli sambil tgok apa yg bajet nak g beli time hujung bulan.....

Pukul 2 sampai rumah.
Rest relax makan lelap kejap.
Pukul 5 ptg baru start buat kerja..fuhhhh sejam setengah juga la settle down..
Laman yg telah dicuci,dicangkul rumput dan di levelkan tanah yg asal.....
Barang yg diperlukan bila nak tanam rumput ni..

1.Pasir.
2.Top Soil.
3.Tanah Berbaja.
4.Rumput..sah2 ler rumput,dah nama pun nak tanam rumput,sengal tahap badak sumbu...
5.Pokok Hiasan...sikit2 jer agak la dengan bajet..nak banyak baik tanam sendiri.
6.Batu2 untuk hiasan ala kadar....

step..

1.Level bagi sama tanah yg sedia ada.
2.Tanam setiap pokok hiasan yg nak ditanam terlebih dahulu
3.Bubuh Top soil atau tanah baja dan levelkan bagi rata.
4.Bubuh pasir dan ratakan.
5.Letakkan rumput mengikut susunan yg betol..
6.Siram dengan air...

Penjagaan...

1.Sirap 2 kali sehari dgn air yg mengcukupi.
2.Bajakan selepas sebulan rumput ditanam.
3.Cabut pokok kecil lain yg tumbuh.



Wowwww terer abg Asraf....aku yg buat k dia yg buat?ehhehhhh dia yg buat kauorg yg penat...punggah ..dia yg lebih terer tanam aku finishing dengan jaga hulur rumput jer........


Hahhhh ni last bila dah siap...siramkan dgn air mungkin kalau rajin touch up yg mana patot sementara rumput masih baru ditanam...

Hahhhh bukan ni jer kerja kitaorg ada lagi...nak tahu ker?jap baca yg ni dulu kang aku post entry baru...ehhhh macam2 kaurong buat tahu ker?tahu ke tidak tunggu jer.........

taaattaa titiiitutuuuu...

PS:Asalkan ada kemahuan di situ ada jalan..

Thursday, August 6, 2015

Project Landscape Amani....

Hurmmm dah hampir 7 bulan pindah ke Puncak Alam ni,tapi tanah sekangkang kera kat laman aku tu masih kosong...dalam masih kosong itulah kadang2 aku dok fikir nak tanam rumput,buat landscape,bubuh batu...last2 dlm minggu ni aku settle down kerja yg memang dok tangguh lama dah ni, bermula dengan bulan lepas lagi sikit2 aku clear kan laman aku tu sampai cerah..

Memang best kalau dapat buat mcm yg aku nak tapi,tahu jer la bajetnya.pokonya pun saja dah mahal,simple jer tanam 3 4 pokok yg serba sederhana besar lepas tu dekat bawah bubuh batu saja dah siap tapi pokok2 tu yg x tahan harganya....cantik memang cantik design2 yg aku dok tgok...hurmmm lawa k?cantik k?x la cantik sangat kot tapi yg penting aku suka...nak tgok ke?hahhh tgok kat link ni

SEKSAN DESIGN - Landscape Architecture and Planning

seksan.com/

Hahhh aku gagahi juga nak siapkan tandem rumput kat laman aku kali ni...
Dari tanah sekankang kera ni la Amani kerja keras untuk siapkan project ni....adoi cangkul pun cute agaknya 
bilalha boleh siapkan..

Sama naik busy dia dengan aku nak ratakan tanah ......

Selepas dan sebelum...banyak kerja juga sebenarnya yg nak kena buat,lagi2 kalau sorang  jer yg nak buat kerja ni, boleh tahan juga la kepenatan bila seharian dok layan kerja tanam rumput ni...


Hahhhh nampak jer senang tapi banyak juga tu kerja nak kena buat,semuanya sendiri nak kena buat bak kata dari mula sampai la habis...
antaraynya...

STEP2NYA..

1.Bersihkan laman/racun rumput
2.Ratakan tanah,buang rumput yg dah mati
3.Levelkan ketinggian ,biar semua sudut dan tempat sama tinggi
4.Bubuh pasir /tanah berbaja dan levelkan
5.Dapatkan pokok yg hendak tanam/tanamkan dahulu sebelum tanam rumput
6.Basahkan setiap inci/penjuru laman dgn air
 dan last sekali aturkan rumput diatas dengan teliti dan elok2...setiap kerja tanam rumput ni perlukan ketelitian di setiap penjuru sambungan untuk dapatkan hasil yg elok...

Last sekali siram dgn air dan bersihakan rumput....make sure selalu siram kan air sehari 2 kali untuk pengjaaan rumput2 ni...

Rumput2 ni memang sensitif terhadap keperluan air yg mengcukupi...untuk halaman aku ni aku guna rumput yg senang dijaga dan xkan terlalu panjang...Rumput Mutiara

Rumput pun ada jenis2nya

1.Rumput mutiara/memang senang jaga,lambat panjang akan tetapi sentiasa memerlukan air
2.Philippines Grass/ rumput carpet,cepat panjang hendak sentiasa di trim agar sentiasa pendek,baru nak nampak macam carpet hahhahaha.
3.Japanese Grass/Zoysia Matrell,macam rumput carpet tapi daun lebih halus dari rumput Philippines,penjagaan serupa rumput Philippines tapi lambat panjang.
4.Cow Grass/rumput biasa yg terdapat kat padang2 permainan atau tepi2 jalan.

Inilah hasil dari kerja aku yg aku settlekan dlm minggu ni..memang berbaloi just tunggu masukkan lagi pokok2 yang mana aku suka....

Kauorng pun boleh cuba buat dekat laman sendiri lepas ni..
Hahhh tunggu nanti aku ada lagi satu project tanam rumput ni aku ceritakan.

ps:xder ps psnya ehhhh sendiri reka kauorg punya ps.




Tuesday, August 4, 2015

Sin Nursery Lot 53.....Aktiviti Tambahan.

Hahhhh semalam aku dah cerita Monday Blues...memang nama jer monday blues ada la geng yg x sampai kat tempat kerja,apa lagi sah2 ada jer aktiviti yg nak buat x boleh duduk saja..

Kali  ini idea yg di cadangkan memang kena dengan timenya, nak masing2 tengah dok gila cari pokok untuk hiasan rumah dan landscape untuk tanah sekakang kera kat depan laman rumah masing2....laju jer bila idea ni keluar semua ok jer..

Aku?hurmmmm memang laju la sbb nak  melawat Nursery yg aku pergi sebelum ni...lepas tu dlm masa yg sama...

1.Survey harga pokok2
2.Saja isi masa lapang...eheh lapang sangat ker
3.Saja nak melawat sahabat aku yg kerjanya juru jual disitu
4.Tgok apa yg patot untuk, PROJECT HARI MINGGU.

Hahhh project apa tu?tunggu ok nanti aku hupdate sbb memang project ni aku kena buat hari Sabtu atau Ahad akan datang...


Lot 53, Sin Nursery..memang tempat yg kebiasaan 1st aku akan pergi bila nak beli pokok hiasan.......Jalan Sg Buloh menghala ke Subang.


Geng yg terjerat dgn aktiviti tambahan....kelihatan Asyraf ( aka Kechik )jiran aku tengah asyik bercerita pasal pokok dan dia juga merupakan partner aku dalam PROJECT HARI MINGGU.




Hahhhh ni dia kawan aku yg bekerja sebagai jurujual kat situ.....siap sedia bila aku bagitau nak ambik gambar dia.....nama dia Zakir.


Hahhhh ni sorang lagi geng aktiviti tambahan....tengah busy whatapps dengan jiran2 yg nak pesan pokok tu...tapi kalau pesan dekat aku memang aku charge rm 5 hehehhehe.....lol betol ke?xkan sampai macam tu?yer betol serious.....hahahhaha memang betol aku x main2.


Hahhhh salah sorang lagi geng aktiviti tambahan...wowwww kelihatan gembira nampak, walaupun nampak berpeloh basah dan serabut dgn jambang 20sen dia...x lain x bukan itu aku...

Hahhh memang mcm ni pun aku Happy go lucky...

Lepas ni tunggu aku update pasal PROJECT HARI MINGGU,apa itu project hari minggu,
Selalu kalau kauorg baca blog lain mesti diaorg bagi suggestion cara nak beli bunga dan pokok hiasan dan kat mana murah elok cantik bagus dan sebagainya.....hahhh ni aku punya style pulak.

Xpayah nak goggle.
Direct pergi kawasan tu satu persatu kaurong jejak kaki.
Tgok sendiri macamana apa yg elok dan cantik, x tahu?xpayah goggle tanya jer jurujual.
Cuma kalau kauorg suka sesuatu style landscape goggle tgok gambar jer ok kot.
Fight untuk price terendah yg kauorg rasa boleh dapat.

Sbb apa aku suka mcm ni?ni ler namanya self experience self learning x payah nak bergantung sangat  goggle atau survey lagipun kalau semua dah ok kau pergi beli jer xyah sembang tanya dan sebagainya tu yg x bestnya.

Tapi kalau kau x tahu,bila kauorg pergi  akan ada inisiatif tanya jurujual dan dlm masa yg sama jalin hubungan dgn jurujual ataupun owner,mana tahu suatu hari nanti kauorg nak beli lagi ataupun nak beli secara harga borong untuk project landscape, waktu ni ler gunanya...

hahhhh dah puas aku bebel so pandai2 la kauorg nak fikir..
tunggu Sabtu Ahad ni pasal project aku.


PS:x salah pun kita berkawan tanpa megira pangkat,darjat atau pendidikan bangsa atau agama....


Monday, August 3, 2015

Monday Blues....Bila Hari Cuti

wowwww isnin selalunya kemalasan tu semakin meninggi sikit,harini la org jadi liat sikit nak start kerja,nak2 sekarang hari Sabtu dan Ahad sibok memenuhi jemputan rumah terbuka...

Baka kata pepatah,KEMALASAN IBARAT KOTORAN DI BADAN JIKA DIGOSOK MAKA KELUARLAH IA.

Apa lagi time mcm ni la ada yg ambik MC,EL DAN HABISKAN CUTI YG BANYAK...Aku pulak apa lagi memang x ker office nak2 ada sambutan hari raya kat office,bak kata makan makan last pengsan....

Aktiviti kalau hari macam ni msg mana2 geng seangkatan lepas tu lepak minum pagi, nanti ada ler tu aktiviti tambahan setiap kali kalau dah ramai yg x g kerja...woi choi x pergi kerja lagi nak buat aktiviti lain huhuhuhu x pergi kerja bukan sakit pun apa salahnya x payah nak dok bermalas dekat rumah.........


Sibok dok check blog n baca apa yg patot dekat whatapps..........wowwww$$$$ makin bertambah tambah...




Zaman teknologi macam ni la jadinya bila g melepak minum....masing2 dgn gadjet tgok whatapps tgok talipon masing2.....sambil minum dengan sarapan pagi.........mula la cerita alasan masing2 pasal xnak g kerja hahahahhaha tapi apapun alasan semata2...

Tapi kalau Sabtu,Ahad tgok masing2 menghilang penuhi jemputan openhouse...hahahaha....manusia oh manusiA..puiiii bebel ,paku dulang ikan Gelama dok kata kat org dia pun sama hehehehe sama x per jgn serupa sudah.......

Hahhhh pasal aktiviti tambahan tu memang sah2 jadi kerja kalau ada 2 atau 3 empat org yg memang free......hurmmm sah2 akan free pun...hah tunggu jer aku update kisah aktiviti tambahan tu....
zzzzzuppppppp......

Ps:.......tututttttttt xder ps ps harini....


Anggun Ramadhani.......my new baby..

Anggun Ramadhani lahir 09-07-2015....dok tanya lagi ,dah tahu kan...hah tu la nama anakku..bukan apa bersalin seminggu sebelom raya so x sempat nak g register..so lepas balik dari raya di  kg la jawabnya g register.....hari rabu yang lepas g register dekat Plaza Masalam....

Kenapa Anggun?hah xder apa juga saja aku teringin nak bubuh nama tu  Ramadhani sempena bulan ramadhan..dah nak masuk 24 hari dlm pantang.Mula2 lahir berat 2.73kg saja tapi sekarang dah 3.kg laju juga tu dah bulat dah sikit bila tgok berbanding 1st week.


100% susu badan,memang focus susu badan insyallah sama seperti kakak dgn abg dia.doa2 lepas 2 tahun tempoh susu badan...insyallah.

Bagusnya nama Anggun sbb x boleh main panggil short name..
fuhhhh sekali Doktor whatapps pun tulis bahasa indon bila tanya pasal baby..hahaha

Apapun hope semua berjaya dgn bajet plan susu badan ni,tunggu pening kepala sikit nak cari pusat jagaan,Boleh tahan baby sekarang kalau hantar pusat jagaan kurang2  empat lima ratus juga montly payment perhhhhh

X apa la anak2 nanti ada ler rezeki untuk dia tu..
Selalu risau juga nak dapat tempat yg ok.
Apapun usaha dan tawakal jer
Dalam pantang pun sekejap jer pejam celik pejam celik...

Apapun berharap semua ok..dok pening pun x guna juga cari dulu hehehehe.

Jom cari siap2 moga dapat pusat jagaan yg ok....fuhhhh dulu senang sbb hantar abg tgok ok boleh terus hantar adik,ni dah pindah tempat baru pening sikit la..

Cari jgn x cari....vroooommmm.




Sunday, August 2, 2015

Hari Raya Openhouse...

Terdetik hati..cewahhhh main detik2 pulak..mana x nya tengah2 malam pukul 3 pagi ni cuaca sejuk dingin angin sempoi2 bahasa aku masih terbeliak biji mata ngadap laptop lagi...

Bukannya terdetik apapun.just nak menulis blog buat tatapan aku sendiri yg nak baca...
Dok fikir sekarang serba serbi mudah al maklum ler zaman gadjet serba serbi canggih...hari Sabtu dan Ahad ni hari cuti, kena pulak bulan syawal.memang kejap2 dapat whatapps jemputan openhouse la,tahlil ,bla bla bla ...
Agak2 kaurong macamana suatu masa dulu cara jemputannya?tuan punya badan terus ke rumah.Hantar card jemputan,Talipon,Email?Whatapps zaman sekarang...agak2 macamana perasaan bila dapat jemputan sekarang?ada feel x?ada nostalgia x?

Pada aku baik dulu dari sekarang..sbb kalau dulu owner ada komunikasi secara terus dengan org yg nak dijemput...itu yg bagus.tapi kadang2 kalau sekarang org akan kata sombong belagak nak kena g jemput direct..tu sbb x pelik kalau Mak/Ayah kita masih kenal org dari kg sebelah dan kg sebelah...kalau kau?agak2 kita macamana?kalau Mak minta tolong ke kg sebelah hantar barang dekat jiran,kenal k tidak?senang x cari rumah?...hahhhhh boleh tanya diri sendiri,sendiri mau hingat la.
apapun zaman teknologi berubah ikot peredaran waktu.



Komunity dan kejiranan yg terdekat antara jemputan untuk Majlis Aqiqah/Openhouse di kawasan aku.Time2 macamni lah yg mana  jiran yg berkerja pada hari2 biasa dapat berkumpul sambil mengenali antara satu sama lain....



Hahhh inilah rupa2 jiran yg mana berdekatan area perumahan aku...habis aku kalau diaorg tahu esok nak jer minta royalty dari aku....

Bebalik pada openhouse.
Harini saja ada 2 3 org jiran yg jemput..
Makan sampai penat.
Bagus sbb dlm pada ini ada kesempatan untuk jiran berjumpa saling kenal mengenali,lagi2 kejiranan serba baru..Alhamdulillah yg penting bukannya makan sangat tapi masyarakat tu...sakit demam..susah kita kadang2 jiran juga tempat kita minta pertolongan...

Harap kekal kejiranan dgn harmoni..mana xnya kadang2 zaman internet ni kita bukan tahu sangat hati budi org...so apapun sama2 jaga bila berwhatapps.bersms bukan apa takot ada yg terguris,tersalah msg,tersalah tutur kata,tersalah msg ni bahaya jgn tersalah msg kat Diana sudah kan x pasal2 tdo dlm kereta hahahaha...apapun sempena bulan baik ni sekali lagi ucapkan

SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan ....






Friday, July 31, 2015

Thank Anakku Asyraf dan Amani....

Alhamdulillah saja aku nak tulis,sambil dok layan tv teringat seminggu sebelom hari raya,org lain sibok dok buat preparation untuk sambut raya,aku dok busy tunggu time Bini aku nak bersalin..macam2 yg terjah dlm fikiran aku,mana tidaknya hero dgn heroin sapa nak jaga?macamana nak ngadap sbb dok fikir nak ulang alik ke Pantai Hospital Ampang....lepastu kalau bersalin malam macamana diaorg berdua....

Nak x nak memang berdoa bersalin siang hari.alhamdulillah pukul 12 tengahari g Hospital last pukul 9 mlm bersalin dgn selamatnya....huru hara juga dibuatnya nak settle ni.anak2 siap sampai terlena dekat hospital selepas ambik diaorg dari tadika/taska..last sorang berjalan sorang aku dukung masuk kereta drive balik Puncak Alam tengah2 mlm...

Duduk layan lagu tu part yg bestnya...adik biasa la seluk balang selagi x habis cookies dia...

 Sempat pakat berposing time selfie,sementara tunggu traffic turn green

Asal makan jer ok,apapun ok janji makan...bak kata tolak batu dengan kayu jer....

Esoknya bangun siap2 kan diaorg terus ke hospital...
Ada x diaorg buat perangai bila dapat adik?
Hahhhh xder,serious?memang betul dia behave sangat2.
Apa rahsianya?
Simple tapi x mudah ,sbb kena selalu practice.
kenalkan diaorg dgn adik diaorg seawal dalam kandungan.
Ajar diaorg,bagi bersembang dengan baby.bagitahu siap2 apa yg patot..
last bila dah bersalin semuanya ok.....

thanks anak2 sbb behave time macam ni........masing2 layan diri sendiri dengan cara masing2.......

Mahu juga 2 hari ulang alik ke sana.balik diaorng tdo tanpa mama diaorg x banyak songeh faham...kira ok la berkesan apa yg diajar ketika baby masih dlm kandungan,sesuaikan dan bagitahu macamana bila baby dah lahir nanti...insyallah budak2 mudah faham kalau tiap hari ajar dan bagitahu.

Macam biasa sempat lagi snap sekeping dua time traffic jem....Iphong 4 jer...tu sbb quality x berapa ok sikit....


tgok berselfie pun boleh....minta dia ambik gambar laju jer....Asyraf Iskandar.....

Syukur alhamdulillah dah nak masuk 23 hari dah sempena kelahiran putri bongsu kami....

dan dengan rasmi juga hari rabu  baru ni aku register nama dia.....tunggu

ps:setiap kurniaan ilahi baik atau buruk mesti ada hikmahnya untuk diri kita mahupun org lain...

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...