Thursday, August 6, 2015

Project Landscape Amani....

Hurmmm dah hampir 7 bulan pindah ke Puncak Alam ni,tapi tanah sekangkang kera kat laman aku tu masih kosong...dalam masih kosong itulah kadang2 aku dok fikir nak tanam rumput,buat landscape,bubuh batu...last2 dlm minggu ni aku settle down kerja yg memang dok tangguh lama dah ni, bermula dengan bulan lepas lagi sikit2 aku clear kan laman aku tu sampai cerah..

Memang best kalau dapat buat mcm yg aku nak tapi,tahu jer la bajetnya.pokonya pun saja dah mahal,simple jer tanam 3 4 pokok yg serba sederhana besar lepas tu dekat bawah bubuh batu saja dah siap tapi pokok2 tu yg x tahan harganya....cantik memang cantik design2 yg aku dok tgok...hurmmm lawa k?cantik k?x la cantik sangat kot tapi yg penting aku suka...nak tgok ke?hahhh tgok kat link ni

SEKSAN DESIGN - Landscape Architecture and Planning

seksan.com/

Hahhh aku gagahi juga nak siapkan tandem rumput kat laman aku kali ni...
Dari tanah sekankang kera ni la Amani kerja keras untuk siapkan project ni....adoi cangkul pun cute agaknya 
bilalha boleh siapkan..

Sama naik busy dia dengan aku nak ratakan tanah ......

Selepas dan sebelum...banyak kerja juga sebenarnya yg nak kena buat,lagi2 kalau sorang  jer yg nak buat kerja ni, boleh tahan juga la kepenatan bila seharian dok layan kerja tanam rumput ni...


Hahhhh nampak jer senang tapi banyak juga tu kerja nak kena buat,semuanya sendiri nak kena buat bak kata dari mula sampai la habis...
antaraynya...

STEP2NYA..

1.Bersihkan laman/racun rumput
2.Ratakan tanah,buang rumput yg dah mati
3.Levelkan ketinggian ,biar semua sudut dan tempat sama tinggi
4.Bubuh pasir /tanah berbaja dan levelkan
5.Dapatkan pokok yg hendak tanam/tanamkan dahulu sebelum tanam rumput
6.Basahkan setiap inci/penjuru laman dgn air
 dan last sekali aturkan rumput diatas dengan teliti dan elok2...setiap kerja tanam rumput ni perlukan ketelitian di setiap penjuru sambungan untuk dapatkan hasil yg elok...

Last sekali siram dgn air dan bersihakan rumput....make sure selalu siram kan air sehari 2 kali untuk pengjaaan rumput2 ni...

Rumput2 ni memang sensitif terhadap keperluan air yg mengcukupi...untuk halaman aku ni aku guna rumput yg senang dijaga dan xkan terlalu panjang...Rumput Mutiara

Rumput pun ada jenis2nya

1.Rumput mutiara/memang senang jaga,lambat panjang akan tetapi sentiasa memerlukan air
2.Philippines Grass/ rumput carpet,cepat panjang hendak sentiasa di trim agar sentiasa pendek,baru nak nampak macam carpet hahhahaha.
3.Japanese Grass/Zoysia Matrell,macam rumput carpet tapi daun lebih halus dari rumput Philippines,penjagaan serupa rumput Philippines tapi lambat panjang.
4.Cow Grass/rumput biasa yg terdapat kat padang2 permainan atau tepi2 jalan.

Inilah hasil dari kerja aku yg aku settlekan dlm minggu ni..memang berbaloi just tunggu masukkan lagi pokok2 yang mana aku suka....

Kauorng pun boleh cuba buat dekat laman sendiri lepas ni..
Hahhh tunggu nanti aku ada lagi satu project tanam rumput ni aku ceritakan.

ps:xder ps psnya ehhhh sendiri reka kauorg punya ps.




No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...