Alhamdulillah selamat semuanya,itu yg penting .Hari khamis warded pukul 11.30 pagi lebih kurang,tunggu punya tunggu last pukul 9.15mlm wife aku selamat lahirkan anak bongsu kami,baby gurl yoooo.2.73 kg Alhamdulillah sihat cuma kuning sikit,standard la tu mana2 baby mesti ada punya la....
-Boleh tahan lama juga 11.30 ke 9.15 malam..
-Masuk jer macam biasa ler relax dlm labour room.
-Makan minum,whataaps,chit chat,nurse ulang alik masuk..
-Bukaan 3 cm,hurmmm jenuh tunggu wey nak2 kalau stress dok tahan sakit memang lambat ler bukaanya...
-Selalunya nurse yg handle selagi x sampai waktu baby nak kluar so apa lagi.relax ler sampai doktor datang check jalan,tanya pasal ubat kebas,ubat kebas bukan ubat lipas ok.nak xnak wife aku dah xtahan macam biasa takot sikit apa lagi Epidural ler...
-Seawal pukul 2 dah ambik Epidural sbb nak elak sakit kalau check bukaan.
-Kronologi SOP Epidural
Doktor pakar datang konsult patient.
Tanya rekod lama,
Tanya efect disebabkan ambik Epidural time bersalin sebelum ni.
Then bagi sikit penerangan,mulakan proses,untuk suntikkan,selalunya dekat tulang belakang la,
bila dah ok semua,test dulu tahap dia dgn gunakan ais batu untuk check deria rasa pada bahagian pinggang ke bawah,semua ok then biarkan mesin yg buat kerja,titisan Epidrul akan masuk secara automatik per minit samaan dgn berapa titik.lebih kurang la...
1st Photo aku shoot lepas dah dibersihkan dan dah diqomatkan....nama?oppss belom lagi tapi dah ada....
Then tunggu punya tunggu 5cm bukaan,bajet lepas Epidural dlm pukul 5ptg dah delivery tapi sbbkan stress dok rasa sakit,inilah faktor yg sebabkan lambat bukaan dia,apa lagi dapat sejarum ubat kat buntut layan dan tenang perhhhhgg sekejap jer 30 minit x sampai dah nak beranak,siap kelamkabut bini aku suruh pangil nurse ingat ker nak terberak sekali nak beranak dah..kelam kabut juga sekejap tapi semua under control,push punya push 3 kali cukup jer Alhamdulillah semua selesai...
3hari2 malam kat Pantai Ampang,boleh tahan aku ulang alik dari Puncak Alam....ada aku kisah,macam biasa hero dgn heroin aku jaga ler ulang alik diaorg ada sekali,cuma 1st day warded jer kita org pergi bagi dekat taska lama diaorg,terima kasih sangat sbb cikgu dan owner taska lama diaorg baik sangat tolong jaga,sampai mlm pulak tu...
Apapun thank dekat nurse hospital Pantai Ampang dan doctor kat sana..so lepas ni dah berlima tunggu baby besar riuh rendah ler jawabnya,ni pun dah macam2 adik dgn abang dia,hahhh nati aku bagitahu...
PS:setiap kelahiran seorng anak,datangnya bersama rezeki,Syukur anak2 itu penghibur kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...
-
Aaahhhh tertanya2 k?kenapa kat sini?xder ker hospital lain selain sini?lagi satu juah tu dari Bandar Puncak Alam ke Pantai Medical Ampang ...
-
SILALIMA. Berbalik empat lima tahun lepas first time tengok guesthouse ni aku dah tertarik. lastly kali ni aku check in juga,lama dok ak...
-
Entry ni aku dah tulis dan post,sekali lupa save habis hilang...punya la penat mana xnya banyak yg aku karang sekali post2 hilang adoiiiiii....
No comments:
Post a Comment