Dah masuk ramadhan yg ke 15 baru sempat nak tulis ni,busy sangat ker kau?xder la sangat apapun 1st nak ucap selamat meyambut Ramadhan bulan yg mulia ni....
Bulan ni lah satu2nya Allah gandakan pahala dlm segala amal ibadat yg kita buat...aku macam biasa tapi dlm ramadhan kali ni memang ada pasang niat nak jadikan bulan pesta ibadat bukan bulan pesta makanan bak kata Ustaz kat surau rumah aku bagi tazkirah sebelom ramadhan..
Jadi inisiatif dari itu memang xder program berbuka kat hotel,dengan kawan atau company tahun memang aku nak elak dan x pergi alhamdulilah setakat ni nampaknya semua dapat dielak cuma bazzar ramadhan dlm dok nak elak 3 kali juga la tu pun sbb memang penat nak masak untuk berbuka kalau x memang xnak pergi.
Dalam bulan ni la aku ingat lagi sebelom berbuka seawal 3 petang mak aku dulu2 dah siap prepare barang2 nak buat kuih,selalunya aku mesti kat dapur teman dia,tanya menu untuk berbuka,part paling best kalau nak buat buah melaka sama2 duduk gentel,kalau sini org panggil onde2 kot ahhhh tak tahu aku bahasa org sini panggil apa.
Masih teringat juga macamana aku berbasikal ke segenap kg menghantar makanan dekat Tok Wan aku.kakak aku dan juga jiran..bayangkan dengan anak2 yg ramai masih lagi kami dapat makan dan berbuka dengan hidangan yg pelbagai berkat org dulu2 buat makan lebih sedekah dan bertukar juadah antara satu sama lain..
Begitu juga aku cuba hidupkan kembali semua ini alhamdulilah 1st week memang hari2 aku masak n bagi jiran alhamdulilah juga time berbuka aku penuh dengan kuih muih yg dibalas org lain...lauk pauk sehingga harini aku masih bagi lagi harap hingga penghujung ramadhan hendaknya dapat masak dan bersedekah dekat jiran2..
Alhamdulilah juga aku dapat luangkan banyak masa dgn wife,anak2,ke surau solat terawikh..tempat baru,suasana baru,jiran dan komunity berbeza..
Raya tahun ni insyallah balik kg
Beringat dalam berbelanja
Preparation raya serba sederhana
Yang penting anak2 happy
so apapun prepare apa yg perlu dan berjimat...
Ps:Bersyukur dan sentiasa ingat mengingati insan lain yg mana kita ni lebih bertuah dari mereka agar menjadikan kita insan yg sentisa ingat dan bersyukur.
No comments:
Post a Comment