Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru..........Apa Sumbangan Anda Pada Hari Guru?

Hurmmm 1st rasanya masih x terlambat untuk ucap selamat hari guru pada guru2 diluar sana,semoga makin tabah dalam mendidik anak bangsa agar menjadi seorng yang berguna......Jika dibandingkan guru dahulu dengan guru sekarang,Guru2 sekarang makin banyak cabaran dalam mendidik anak2 murid...yer la mana tidaknya dengan tegnologi serba moden ni.....lagi satu murid2 sekarang kalau kena denda pandai balik report dekat mak dan ayah dahtu cikgu disalahkan,x macam time kita dulu2 kalau balik report jer lagi kena tambah ada ler..apapun itulah kerjaya seorg guru,kesabaran,kegigihan dalam menghadapi tugas dan tanggunjawab.........

Apa sumbangan kita pulak?x perlu besar sekadar mengingati keringat dan jasa diaorg dengan sekeping kad ucapan, atau ucapan ikhlas sudah mengcukupi dan dapat buat mereka tersenyum dipagi hari sebelum memulakan tugas masing2.........SELAMAT HARI GURU untuk cikgu2 semua...

Hah sembangan pasal sumbangan ni la sumbangan aku,pagi2 hari guru time hantar anak2 ke taska diaorg bagitau hari ini,JUMAAT akan di adakan jamuan hari guru so masing2 bolah bawa makanan untuk sambutan hari guru,so dengan sibuk bekerja semalam hari khamis sempat lagi selepas balik walaupun kepenatan mengharungi jalan sesak,x pernah sesesak semlam pukul 5 keluar kerja sampai rumah 7.30 selalunya pukul 6 dah sampai,balik terus mandi keluar ambik hero,heroin terus ke shopping mall beli barang2 untuk hari guru......

Seawal pagi bangun prepare,walaupun beli tapi prensentation kena la bagi cantik juga kan.....

              Strawberry untuk FRUIT SKEWER,boleh tahan besar...kena pandai pilih yg cantik2 untuk fruit skewer ni.....sbb kalo x kena cucuk nanti dia lembik.....

Anggur yang xder biji,pilih yang keras dan cantik.......

Sekurang-kurangnya empat jenis buah baru nampak cantik sikit...hah ni tengah potong Pamelo

Awal dah bangun untuk bersihkan buah dan potong Pamelo ni dengan nak cucuk sekali,boleh juga malam2 cucuk siap then masukkan dalam peti sejuk,cuma kalau last minute buat buah tidak cepat rosak...

                Beginilah kelihatan setelah di cucuk.......

     Buah boleh dicucuk secara selang seli untuk mendapatkan warna yang menarik....mulakan dgn stawberry dahulu....cantikan KAK TON kan.....


Final prensentation....gunakan Plate berwarna putih untuk naikkan seri,gunakan daun pisang yang di potong bulat dan tajamkan hujung2 sseperti bentuk bintang untuk sebagai alas sebelum meyusun buah......last minute buat daun pisang xder,,hemtam saja kata bini aku...nasib baik cantik sbb pinggan untuk catering aku ada..

Hurmmm sambil dok potong buah walaupun penat semalam pun x hilang tapi ingat2 balik camtu ler jadi ayah happy sanggup susah payah untuk anak2,asalkan diaorg gembira......

Chocolate muffin dengan vanilla yang dibeli...ikotkan boleh buat dan bakar sendiri tapi disebabkan kesuntukan masa.last minute baru cikgu bagitau so rembat jer dekat kedai Cake.....

    Beli-beli juga tapi presentation biar nampak cantik..xder la nampak macam beli sangat hahahhahah

Hahhh tu ler yang mampu aku buat untuk menjayakan sambutan hari guru kali  ini harap next time kalau diaorg bagitahu awal macam2 boleh prepare....

 hah sambil2 aku buat sempat lagi bini aku shoot buat modal upload dekat instagram dia......katenya

So apapun sumbangan kita,sekecil manapun tetap membuatkan guru2 tersenyum,mana xnya sekurang-kurang ada juga ibubapa murid2 yang ingat jasa diaorg....

Sempat lagi aku curi masa tulis blog ni walaupun sekejap lagi dah nak masuk kerj.sepatutnya semalam dah tulis just masukkan image jer pagi tapi last2 terbongkang depan laptop apapun x boleh....hope hangpa semua enjoy la baca tulisan yg x seindah puisi ni dan x semerdu lagu cinta yang kauorg suka layan pagi-pagi sambil kerja dan kemas rumah...

PS: Jasa seorng guru tiada balasan dan x dapat dinilai dgn wang ringgit.....ilmu yang diberi,ajar bawa kemati...jadi kenanglah dan hormatilah kita kepada guru keatas tugas dan tanggunjawab yang mereka bawa bersama...


Ngam-ngam habis update hujan pulak turun,,nak kena siap g kerja..best ni kalau MC layan tdo jer.......bangun2 kau tu bukan bujang lagi dah....HEHEHHEHE

No comments:

PETUA UNTUK KEKAL MAINTAIN KETIKA MCO COVID 19.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Oleh kerana buat masa la ni ada yang tak bekerja dan bekerja dari rumah dalam tempoh Pe...